You are currently viewing Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian

Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian

Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap pencapaian akademik.

1. TINJAUAN LITERATUR 1

Muhammad Alee Song et al. (2021) telah mengkaji gaya pembelajaran terhadap pencapaian dalam kajiannya. Kajian beliau yang dilaksanakan di Puchong bertujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar peralihan membaca dan menulis. Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif terhadap tiga peserta kajian yang merupakan guru sekolah menengah yang mengajar pelajar peralihan bagi mata pelajaran bahasa Melayu. 

Hasil kajian mendapai bahawa guru mempunyai sikap yang positif untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran VAK dalam PdP kelas peralihan. Adalah didapati bahawa gaya pembelajaran VAK yang diamalkan berupaya menarik minat, meningkatkan motivasi pelajar, dan memberi implikasi terhadap peningkatan pencapaian keputusan akademik, di mana pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.

2. TINJAUAN LITERATUR 2

Hasil dapatan di atas turut disokong dengan kajian Dayang Julida Abang Tar dan Muhd Izwan Mahmud (2021) yang turut mengkaji gaya pembelajaran terhadap pencapaian murid. Kajian beliau bertujuan untuk mengkaji minat, tingkah laku disruptif, dan gaya pembelajaran bagi murid bermasalah pembelajaran dalam kalangan murid sekolah rendah di Malaysia. 

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan pengkaji mengulas semula hasil-hasil penyelidikan yang pernah dilaksanakan berkenaan bidang kajian pengkaji. Pengkaji merumuskan bahawa minat, tingkah laku, dan gaya pembelajaran murid saling berkaitan dalam menentukan pencapaian murid dalam pelajaran.

Tinjauan literatur 1 dan 2 jelas menunjukkan bahawa gaya pembelajaran saling berkait rapat dengan minat dan tingkah laku seseorang murid dan dapat mempengaruhi pencapaian dan prestasi murid dalam bilik darjah.

Balya Aziz (2016). Dokumentasi Gaya Pembelajaran Alat Muzik Dram Seorang Pemuda Asli Kaum Temiar di Pedalaman Semenanjung Malaysia: Satu Kajian Kes (Tesis Ijazah Sarjana). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Fleming, N.D. & Mills, C. (1992). Not Another Inventory, Rather A Catalyst for Reflection. To Improve the Academy, 11, 137-155.

Nor Musliza Mustafa & Mokmin Basri (2015). Pembelajaran VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) (Pembentangan Kertas). Seminar Wahyu Asas Tamadun. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Quah, W.B. (2017). Fleming VAK Sebagai Gaya Pembelajaran Terkesan. In: Mazuin Stapah (Eds.), Think Big v1: Ekspresi Minda Warga TVET (pp. 36-41). Kolej Komuniti Bandar Darulaman. https://kkbdthinkbig.wordpress.com/kkbd_thinkbigv1/