Penulisan Laporan Kajian - Teacher Heng: Insightful Educator https://www.teacherheng.com Sun, 06 Apr 2025 15:17:52 +0000 en-GB hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 https://www.teacherheng.com/wp-content/uploads/2024/01/cropped-LOGO-1-32x32.png Penulisan Laporan Kajian - Teacher Heng: Insightful Educator https://www.teacherheng.com 32 32 204929079 Kepentingan Kerangka Konseptual dalam Penyelidikan https://www.teacherheng.com/kepentingan-kerangka-konseptual-dalam-penyelidikan Sat, 18 Jan 2025 15:36:27 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=4155 Kepentingan pertama kerangka konseptual dalam sesuatu penyelidikan ialah penyelidik berupaya menentukan bagaimana prosedur empirikal dan teoritikal yang digunakan sebagai pendekatan untuk menjawab soalan kajian dan menyelesaikan permasalahan kajian yang dikemukakan. Hal ini kerana, kerangka konseptual merupakan model hipotesis, andaian atau gambaran kasar perkaitan antara elemen-elemen yang terkandung dalam sesuatu penyelidikan. Penyelidik perlu memperoleh kefahaman mendalam […]

The post Kepentingan Kerangka Konseptual dalam Penyelidikan first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Kepentingan pertama kerangka konseptual dalam sesuatu penyelidikan ialah penyelidik berupaya menentukan bagaimana prosedur empirikal dan teoritikal yang digunakan sebagai pendekatan untuk menjawab soalan kajian dan menyelesaikan permasalahan kajian yang dikemukakan. Hal ini kerana, kerangka konseptual merupakan model hipotesis, andaian atau gambaran kasar perkaitan antara elemen-elemen yang terkandung dalam sesuatu penyelidikan. Penyelidik perlu memperoleh kefahaman mendalam terhadap isu yang dikaji melalui sorotan literatur terlebih dahulu sebelum memilih dan memasukkan pembolehubah dalam kerangka konseptual.

Penyelidik boleh memasukkan pembolehubah baharu yang belum diuji secara empirikal dalam kerangka konseptual berdasarkan hipotesis dan andaian penyelidik. Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperoleh secara empirikal, penyelidik boleh menentukan sama ada terdapat perkaitan yang signifikan antara pembolehubah terhadap pembolehubah yang lain. Kerangka konseptual juga harus merangkumi teori yang mendasari pelaksanaan penyelidikan bagi menerangkan dan menyokong dapatan kajian yang diperoleh melalui proses empirikal.

Kepentingan kedua ialah kerangka konseptual berperanan sebagai blueprint, panduan dan hala tuju kepada penyelidik untuk melaksanakan sesebuah penyelidikan secara sistematik bagi mencapai objektif utama penyelidikan. Hal ini kerana, kerangka konseptual merupakan diagram atau rajah yang mengandungi penerangan visual seperti penggunaan anak panah bagi menerangkan secara jelas, ringkas dan padat mengenai isu yang dikenal pasti dari permulaan penyelidikan sehingga ke pengakhiran penyelidikan. Pembinaan kerangka konseptual merangkumi faktor-faktor penyebab kepada fenomena yang dikaji, pembolehubah, teori yang mendasari pelaksanaan penyelidikan dan sorotan literatur. Penyelidik berupaya untuk mentukan soalan-soalan kajian yang ingin dijawab serta menerangkan hubungkait antara elemen-elemen tersebut secara sistematik agar tidak terpesong daripada objektif utama kajian.

Berdasarkan kepada penyelidikan saya, elemen-elemen yang dimaksudkan adalah seperti faktor penyumbang pembentukan miskonsepsi pecahan, pembolehubah seperti tahap pengekalan pengetahuan murid, tahap penguasaan pengetahuan konseptual dan prosedural dalam kalangan murid, tahap penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan dalam kalangan guru, serta Teori Pembelajaran Bruner (1971) dan Teori Ingatan Atkinson-Shiffrin (1968). Proses pengumpulan data akan dilaksanakan secara empirikal berdasarkan kepada kerangka konseptual bagi mencapai dua objektif utama penyelidikan saya, iaitu bertujuan untuk mengkaji masalah miskonsepsi pembelajaran Matematik melibatkan topik Pecahan dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan dan untuk mengenal pasti cara-cara mengatasi masalah pembentukan miskonsepsi melibatkan topik Pecahan.

Kesimpulannya, kerangka konseptual berperanan penting dalam menentukan bagaimana prosedur empirikal dan teoritikal yang digunakan sebagai pendekatan untuk menjawab soalan kajian dan menyelesaikan permasalahan kajian yang dikemukakan. Kerangka konseptual juga berperanan sebagai panduan dan hala tuju bagi memastikan pelaksanaan penyelidikan secara sistematik bagi mencapai objektif utama penyelidikan.

The post Kepentingan Kerangka Konseptual dalam Penyelidikan first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
4155
Proses @ Langkah-Langkah Pelaksanaan Penyelidikan https://www.teacherheng.com/proses-langkah-langkah-pelaksanaan-penyelidikan Sat, 18 Jan 2025 15:25:02 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=4146 Penyelidikan merupakan proses yang teratur bagi mendapatkan pengetahuan baharu. Terdapat pelbagai langkah atau proses yang perlu dilalui dalam melaksanakan sebuah penyelidikan. Berikut merupakan proses penyelidikan yang akan saya ikuti sebagai seorang penyelidik. Langkah pertama dalam proses penyelidikan ialah mengenal pasti masalah atau isu yang hendak dikaji. Pernyataan masalah merupakan isu atau masalah yang ingin dikaji […]

The post Proses @ Langkah-Langkah Pelaksanaan Penyelidikan first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Penyelidikan merupakan proses yang teratur bagi mendapatkan pengetahuan baharu. Terdapat pelbagai langkah atau proses yang perlu dilalui dalam melaksanakan sebuah penyelidikan. Berikut merupakan proses penyelidikan yang akan saya ikuti sebagai seorang penyelidik.

Langkah pertama dalam proses penyelidikan ialah mengenal pasti masalah atau isu yang hendak dikaji. Pernyataan masalah merupakan isu atau masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan dan kebiasaanya penyelidik akan menjelaskan kepentingan, rasional dan signifikan melaksanakan sesuatu penyelidikan tersebut. Masalah dan isu yang hendak dikaji sama ada merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para murid atau guru di sekolah. Saya sebagai penyelidik perlu mengenal pasti tajuk dan bidang penyelidikan yang akan dikaji, iaitu bidang penyelidikan ialah mata pelajaran Matematik dan tajuknya berkenaan dengan masalah pembentukan miskonsepsi melibatkan topik Pecahan.

Langkah seterusnya dalam proses penyelidikan ialah membentuk soalan kajian. Soalan kajian merupakan soalan atau pernyataan yang akan dijawab dalam sesuatu penyelidikan. Setelah memikirkan tajuk dan bidang yang akan saya kaji, saya perlu meninjau sejauh manakah tajuk tersebut boleh diselidik dengan memperincikan permasalahan penyelidikan kepada beberapa soalan kajian. Sebagai contoh, apakah faktor-faktor yang membawa kepada permasalahan tersebut dan bagaimanakah cara-cara penyelesaian untuk mengatasi masalah yang ingin diselidiki.

Setelah menetapkan soalan kajian, langkah seterusnya ialah menetapkan objektif kajian. Objektif kajian merupakan pernyataan tujuan yang spesifik berkenaan dengan penyelidikan yang hendak dijalankan oleh seseorang penyelidik berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenal pasti. Soalan kajian yang telah dibentukkan akan diterjemahkan kepada objektif kajian yang spesifik.

Setelah menetapkan soalan dan objektif kajian, langkah seterusnya dalam proses penyelidikan ialah membuat rujukan bahan literatur, ataupun dikenali sebagai sorotan literatur. Sorotan literatur memainkan peranan yang penting dalam proses penyelidikan kerana penulisan sorotan literatur menunjukkan bahawa kajian yang dilaksanakan mempunyai kefahaman mendalam tentang sesuatu bidang pengetahuan. Dalam proses ini, penyelidik perlu mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan oleh penyelidik lain supaya penyelidik mengetahui dengan jelas latar belakang sesuatu masalah dan berupaya mengenal pasti sejauh manakah sesuatu bidang masalah yang wujud telah dikaji. Sumber sorotan literatur mestilah diperoleh daripada sumber yang sahih dan relevan dengan topik dan kajian yang dikaji, sama ada diperoleh dari sumber buku ilmiah, surat khabar, artikel jurnal, tesis, disertasi, mahupun kertas persidangan. Selain membuat tinjauan literatur, penyelidik perlu mengenal pasti teori-teori yang akan mendasari pelaksanaan penyelidikan.

Langkah seterusnya dalam proses penyelidikan ialah menentukan metodologi kajian. Metodologi kajian merupakan cara, kaedah dan pendekatan yang akan digunakan untuk mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data bagi mencapai objektif utama kajian yang telah ditetapkan. Dalam langkah ini, penyelidik perlu menentukan reka bentuk kajian supaya bersesuaian dengan tujuan utama pelaksanaan kajian. Kajian boleh dijalankan sama ada dalam bentuk kuantitatif, kualitatif ataupun menggabungkan kedua-dua kaedah penyelidikan tersebut, iaitu mixed-method.

Penyelidik kemudiannya perlu menetapkan teknik persampelan yang akan digunakan dalam pemilihan responden kajian sama ada persampelan kebarangkalian (secara rawak) ataupun persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak). Reka bentuk kajian saya ialah kajian kualitatif yang menggunakan persampelan bukan kebarangkalan, iaitu teknik persampelan bertujuan, iaitu hanya guru yang mengajar mata pelajaran Matematik dari dua buah sekolah rendah dipilih sebagai responden kajian.

Setelah menetapkan reka bentuk kajian, persampelan dan lokasi kajian, penyelidik perlu menghasilkan instrumen kajian yang bersesuaian dengan fokus penyelidikan. Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat daripada responden bagi menjawab soalan kajian yang ingin dikaji dan mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Instrumen pengumpulan data yang telah saya gunakan ialah temu bual. Dalam proses pengumpulan data, penyelidik juga merupakan instrumen utama dalam memperoleh data. Hal ini kerana, penyelidik berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang dikaji. Dalam konteks lain, saya sebagai penyelidik berperanan sebagai orang dalaman (insider) untuk menambah baik amalan profesionalisme kendiri sebagai seorang guru Matematik dalam mengatasi masalah pembentukan miskonsepsi melibatkan topik Pecahan berdasarkan maklum balas daripada responden. Sebagai orang luaran (outsider), saya berperanan untuk mengumpul data melalui instrumen temu bual daripada responden mengenai faktor yang menyumbang kepada pembentukan miskonsepsi dalam kalangan murid dan cara-cara penyelesaian yang berkesan.

Langkah seterusnya dalam proses penyelidikan ialah menetapkan kaedah menganalisis data. Kajian saya merupakan kajian kualitatif yang menggunakan Kaedah Hermeneutik. Maka, kaedah menganalisis data secara kualitatif difokuskan kepada prosedur pengkategorian, pengekodan, dan penyusunan data. Data kualitatif yang dikumpulkan daripada responden kajian melalui instrumen temu bual perlu ditranskripsikan ke dalam teks data (teks asal). Seseorang penyelidik perlu membaca teks asal responden berulang kali (proses ontopretasi) bagi mengelakkan kekaburan maklumat (ontoenigma) supaya mendapat suatu gambaran menyeluruh serta memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh responden. Melalui proses ontopretasi, penyelidik berupaya untuk memahami struktur luaran (makna tersurat) dan struktur dalaman (makna tersirat dan kebenaran) teks asal responden. Setelah memperoleh kefahaman mendalam terhadap teks responden, penyelidik berupaya menghasilkan metateks yang mengandungi makna tersurat dan tersirat mengenai masalah yang dikaji. 

Semasa proses ontopretasi, penyelidik boleh membuat petanda terhadap teks responden dengan menggunakan pelbagai warna bagi memudahkan proses pengkategorian dan pengekodan data. Proses pengekodan data bermula apabila penyelidik membahagi dan mengkategorikan teks data kepada segmen-segmen yang telah dikategorikan. Kod-kod tersebut kemudiannya disusun dan dikelompokkan bagi membentuk tema. Setelah proses penginterpretasian data, penyelidik akan memperoleh beberapa tema yang berlainan bagi membentuk idea utama dalam data yang dikumpulkan. Tema-tema yang diperoleh merupakan hasil dapatan kajian dan akan diterjemahkan dalam bentuk jadual bagi mengira kekerapan tema tersebut.

Dengan itu, langkah terakhir dalam proses penyelidikan ialah melaporkan hasil dapatan kajian dalam bentuk penulisan. Dalam konteks ini, dapatan kajian mestilah dibincangkan secara deskriptif dalam cara yang saling sokong-menyokong antara satu sama lain, iaitu disokong dengan sorotan literatur dan teori-teori yang berkaitan. Perbincangan dapatan kajian perlulah dikaitkan semula dengan matlamat utama pelaksanaan kajian bagi menjawab soalan dan objektif kajian yang telah ditetapkan, serta bagi menunjukkan signifikan pelaksanaan kajian dan implikasi kajian terhadap dunia pendidikan.

The post Proses @ Langkah-Langkah Pelaksanaan Penyelidikan first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
4146
Bagaimana Menilai Bab 5 dalam Penyelidikan? https://www.teacherheng.com/bagaimana-menilai-bab-5-dalam-penyelidikan Sat, 18 Jan 2025 15:09:10 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=4139 Pertama sekali, bab dua dalam sesuatu penyelidikan memainkan peranan yang penting kerana penyelidik akan mengenal pasti kerelevanan teori yang dipelopori ahli falsafah untuk digunakan sebagai teori yang mendasari pelaksanaan kajian dan tinjauan literatur kajian yang relevan dengan tajuk dan masalah yang dikaji. Oleh itu, dalam bab lima, penilaian boleh dilakukan apabila pengkaji membuat hubungkait antara […]

The post Bagaimana Menilai Bab 5 dalam Penyelidikan? first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Pertama sekali, bab dua dalam sesuatu penyelidikan memainkan peranan yang penting kerana penyelidik akan mengenal pasti kerelevanan teori yang dipelopori ahli falsafah untuk digunakan sebagai teori yang mendasari pelaksanaan kajian dan tinjauan literatur kajian yang relevan dengan tajuk dan masalah yang dikaji.

Oleh itu, dalam bab lima, penilaian boleh dilakukan apabila pengkaji membuat hubungkait antara hasil dapatan kajian dengan teori ahli falsafah dan tinjauan literatur berdasarkan kepada penulisan bab dua. Hal ini kerana, apabila sesuatu dapatan kajian disokong dengan teori ahli falsafah dan tinjauan literatur kajian-kajian lepas, maka perbincangan yang dilakukan dalam bab lima menunjukkan hujah perbincangan yang dikemukakan adalah bernas dan kuat. Secara tidak langsung, pembaca atau penilai dapat mengetahui sama objektif kajian tercapai ataupun tidak dan sejauh manakah hasil dapatan kajian memberikan impak atau implikasi.

Selain itu, penilaian bab lima dalam sesuatu penyelidikan boleh dilaksanakan dari aspek kesahan dan kebolehpercayaan hasil dapatan kajian. Hal ini kerana, semakin tinggi tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, maka semakin jitu data yang diperoleh. Untuk menilai sama ada hasil dapatan kajian mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi ataupun rendah, pembaca atau penilai boleh merujuk kepada penulisan bab tiga mengenai instrumen kajian. Instrumen kajian merupakan kaedah pengumpulan data.

Sekiranya pengkaji hanya menggunakan instrumen soal selidik, maka data yang diperoleh hanya melibatkan perspektif subjektif responden itu sendiri dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang responden kerana hanya menggunakan satu instrument kajian. Apabila pengkaji menggunakan dua atau lebih instrumen kajian, seperti soal selidik, analisis kandungan, dan pemerhatian, maka kaedah triangulasi data dapat dilaksanakan antara hasil dapatan ketiga-tiga instrumen kajian tersebut. Kaedah triangulasi yang dilaksanakan akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian sesuatu penyelidikan sama ada data berbentuk kuantitatif ataupun data berbentuk kualitatif.

Akhir sekali, berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, cadangan dan implikasi kajian kepada pihak yang berkaitan mesti dinyatakan dengan justifikasi yang jelas. Sebagai contoh, signifikan kajian atau impak positif kajian kepada amalan pendidikan, perkembangan pendidikan, dasar pendidikan dan pemegang taruh. Pengkaji juga boleh nyatakan juga kekangan melaksanakan kajian baru pada masa akan datang. Penilaian terhadap cadangan dan implikasi kajian perlulah merangkumi rancangan jangka pendek, rancangan jangka panjang dan pelan tindakan. Pengkaji perlu menilai tindakan yang diambil terhadap permasalahan atau kes yang dikaji secara kritis.

Penilaian terhadap cadangan dan implikasi kajian perlulah merangkumi rancangan jangka pendek, rancangan jangka panjang dan pelan tindakan. Penilaian rancangan jangka pendek boleh merujuk kepada pengkaji mencadangkan akan membuat tindakan susulan setelah pelaksanaan kajian. Pengkaji kemudiannya boleh mencadangkan perancangan kasar pelan tindakan bagi tindakan susulan tersebut. Manakala, penilaian rancangan jangka panjang boleh merujuk kepada pengkaji mencadangkan untuk membuat kajian lanjutan pada masa akan datang. Perancangan pelan tindakan adalah seperti pengkaji mencadangkan untuk membuat penambahbaikan sekiranya ingin melakukan kajian yang sama.

The post Bagaimana Menilai Bab 5 dalam Penyelidikan? first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
4139
Kelebihan Kaedah Hermeneutik dalam Penyelidikan https://www.teacherheng.com/kelebihan-kaedah-hermeneutik-dalam-penyelidikan Sat, 18 Jan 2025 14:58:24 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=4133 Antara kelebihan kaedah Hermeneutik dalam suatu penyelidikan ialah kaedah ini boleh digunakan untuk membuat interpretasi buhan hanya terhad kepada satu jenis instrumen pengumpulan data seperti set soal selidik, tetapi turut boleh digunakan terhadap jenis instrumen lain. Kaedah Hermeutik ini boleh digunakan membuat interpretasi dari pelbagai sumber data berunsurkan teks yang dihasilkan  dalam bentuk lisan atau […]

The post Kelebihan Kaedah Hermeneutik dalam Penyelidikan first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Antara kelebihan kaedah Hermeneutik dalam suatu penyelidikan ialah kaedah ini boleh digunakan untuk membuat interpretasi buhan hanya terhad kepada satu jenis instrumen pengumpulan data seperti set soal selidik, tetapi turut boleh digunakan terhadap jenis instrumen lain. Kaedah Hermeutik ini boleh digunakan membuat interpretasi dari pelbagai sumber data berunsurkan teks yang dihasilkan  dalam bentuk lisan atau tulisan, seperti transkripsi temu bual, catatan nota lapangan, refleksi yang ditulis guru selepas sesi pengajaran dan pengajaran, mahupun lembaran kerja murid.

Antara kelebihan menggunakan kaedah Hermeneutik dalam suatu penyelidikan ialah pengkaji berupaya untuk memahami secara mendalam fakta dan kebenaran yang disampaikan melalui teks, ataupun dikenali sebagai proses untuk meleraikan apa yang terkandung dalam teks. Instrumen kajian bertujuan mengumpulkan data-data mentah daripada pihak responden seperti guru, ibu bapa, ataupun murid. Maklum balas responden seperti set soal selidik terbuka sudah semestinya mengandungi penjelasan dan fakta serta berkemungkinan juga mengandungi beberapa bahagian yang tidak dijelaskan dengan terperinci. Melalui analisis dan interpretasi melalui kaedah Hermeneutik, bahagian kekaburan maklumat ini dapat diatasi apabila pengkaji membaca teks responden berulang kali untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam. Pengkaji berupaya untuk memahami makna yang tersirat dalam teks berdasarkan transkrip soal selidik responden yang merupakan penjelasan tersurat.

Seterusnya, kaedah Hermeneutik apabila dilaksanakan dengan interpretasi yang betul akan memberikan kelebihan dari segi kesahan dan kebolehpercayaan.Teks yang diperoleh daripada data mentah instrumen kajian dan bukannya direka atau ditulis oleh pengkaji mencerminkan kebolehpercayaan kaedah Hermeneutik ini. Transkrip soal selidik terbuka mengandungi teks asal responden dan teks berbentuk tulisan mengandungi makna tersurat, iaitu fakta dan kebenaran. Apabila pengkaji menggunakan kaedah Hermeneutik dan berupaya menjelaskan makna tersirat dalam metateks dan adalah selari dengan makna tersurat dalam teks, maka sesuatu metateks tersebut dikatakan mempunyai kesahan dan seterusnya meningkatkan kesahan kajian yang dilaksanakan.

Kelebihan kaedah Hermeneutik ini juga ialah mempunyai ciri-ciri keterbukaan dalam kaedah ini. Ciri-ciri keterbukaan membantu pengkaji untuk melihat sesuatu isu yang lampau bukan sahaja sebagai objek kajian, tetapi sebagai suatu sumber untuk mengesan makna yang relevan. Oleh kerana terdapatnya ciri-ciri keterbukaan melalui kaedah ini, sesuatu metateks yang ganjil tidak diketepikan sewenang-wenangnya tetapi pengkaji membaca dan meneliti metateks secara berulang kali, maka secara tidak langsung akan meningkatkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan kaedah Hermeneutik dalam pelaksanaan sesuatu penyelidikan.

The post Kelebihan Kaedah Hermeneutik dalam Penyelidikan first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
4133
Perbandingan antara Kaedah Kualitatif dan Kaedah Kuantitatif https://www.teacherheng.com/perbandingan-antara-kaedah-kualitatif-dan-kaedah-kuantitatif Sat, 18 Jan 2025 13:54:40 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=3950 Antara contoh kajian menggunakan kaedah kuantitatif adalah seperti kajian tinjauan, kajian perbandingan sebab-akibat, kajian korelasi, kajian eksperimen, dan kajian kuasi-eksperimen. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif pula adalah seperti kajian etnografi, kajian phenomenology, kajian kes, kajian sejarah, dan kajian inkuiri naratif. Kaedah kuantitatif ialah pendekatan deduktif berasaskan pengujian terhadap sesuatu andaian ataupun hipotesis. Data kajian […]

The post Perbandingan antara Kaedah Kualitatif dan Kaedah Kuantitatif first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Antara contoh kajian menggunakan kaedah kuantitatif adalah seperti kajian tinjauan, kajian perbandingan sebab-akibat, kajian korelasi, kajian eksperimen, dan kajian kuasi-eksperimen. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif pula adalah seperti kajian etnografi, kajian phenomenology, kajian kes, kajian sejarah, dan kajian inkuiri naratif.

Kaedah kuantitatif ialah pendekatan deduktif berasaskan pengujian terhadap sesuatu andaian ataupun hipotesis. Data kajian yang diperoleh melalui kaedah kuantitatif bertujuan untuk menguji teori; melihat hubungan antara pembolehubah; menerangkan fenomena dari segi sebab-akibat; dan bertujuan untuk membuat ramalan. Perbezaannya dengan kaedah kualitatif ialah kajian menggunakan kaedah kualitatif merupakan pendekatan induktif di mana data yang dikumpul digunakan untuk memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya; meneroka sesuatu bidang yang belum ataupun kurang dikaji oleh penyelidik lain; memahami pandangan atau perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dikaji; dan memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam.

Kaedah pengumpulan data bagi kajian menggunakan kaedah kuantitatif adalah sangat berstruktur. Kaedah pengumpulan data kaedah kuantitatif adalah berbeza bagi kaedah kualitatif, iaitu separuh berstruktur ataupun tidak berstruktur. Perbezaan dari aspek instrumen kajian menggunakan kaedah kuantitatif ialah pengkaji menggunakan instrumen seperti soal selidik dan ujian diagnostik untuk mengumpulkan data. Manakala bagi kaedah kualitatif pula, pengkaji sendiri merupakan instrumen utama mengumpulkan data, iaitu pengkaji perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar, dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

Bentuk data kajian yang diperoleh menggunakan kaedah kuantitatif ialah data berbentuk angka dan boleh diukur dengan tepat menggunakan analisis statistik seperti pengiraan min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Ini adalah berbeza dengan bentuk data bagi kaedah kualitatif, iaitu data berbentuk perkataan dan ayat, serta tidak dapat diukur seperti data berbentuk deskriptif, dokumen peribadi, catatan nota lapangan, gambar, pendapat perseorangan, dan analisis dokumen.

Walaupun kedua-dua kaedah kuantitatif dan kaedah kualititaf mempunyai perbezaan, tetapi juga mempunyai persamaan. Data kajian yang diperoleh oleh kedua-dua kaedah kuantitatif dan keadah kualitatif asalnya merupakan data kualitatif. Pengkaji yang menggunakan angka untuk membuat interpretasi dan tafsiran terhadap data kualititaf yang menjadikan data kajiannya berbentuk kuantitatif.

The post Perbandingan antara Kaedah Kualitatif dan Kaedah Kuantitatif first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
3950
Bagaimana Membuat Tinjauan Literatur Daripada Artikel Jurnal? https://www.teacherheng.com/bagaimana-membuat-tinjauan-literatur-daripada-artikel-jurnal Sun, 28 Jan 2024 04:19:12 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1530 Bagaimana tinjauan literatur dilakukan? Artikel jurnal merupakan sumber yang penting dalam melaksanakan tinjauan literatur. Hal ini kerana bukan setiap artikel jurnal yang dicari adalah bertepatan dengan isu pendidikan yang dikaji. Untuk mengenal pasti sama ada sesuatu artikel jurnal sesuai dijadikan rujukan ataupun tidak, saya akan meneliti tajuk artikel tersebut terlebih dahulu. Seseorang penyelidik perlu memastikan […]

The post Bagaimana Membuat Tinjauan Literatur Daripada Artikel Jurnal? first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Bagaimana tinjauan literatur dilakukan? Artikel jurnal merupakan sumber yang penting dalam melaksanakan tinjauan literatur. Hal ini kerana bukan setiap artikel jurnal yang dicari adalah bertepatan dengan isu pendidikan yang dikaji. Untuk mengenal pasti sama ada sesuatu artikel jurnal sesuai dijadikan rujukan ataupun tidak, saya akan meneliti tajuk artikel tersebut terlebih dahulu. Seseorang penyelidik perlu memastikan artikel jurnal tersebut turut mengkaji isu pendidikan yang sama, seperti pembelajaran mata pelajaran Matematik melibatkan topik Pecahan di sekolah rendah.

1. ABSTRAK (ABSTRACT)

Bahagian abstrak merupakan rumusan menyeluruh sesuatu kajian dalam sesuatu penulisan artikel penyelidikan dan merangkumi pelbagai aspek, iaitu reka bentuk kajian, objektif kajian, metodologi kajian, dapatan kajian, dan implikasi kajian. Melalui pembacaan bahagian Abstrak dalam sesuatu artikel jurnal, saya berupaya untuk menentukan sama ada  artikel jurnal tersebut sesuai dijadikan sebagai tinjauan literatur ataupun tidak.

2. PERNYATAAN MASALAH (PROBLEM STATEMENT)

Apabila mendapati bahagian penulisan abstrak berkisar mengenai isu pendidikan yang dikaji, bahagian seterusnya yang akan dirujuk ialah bahagian ‘Pernyataan Masalah’. Pernyataan masalah merupakan isu atau masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan dan kebiasaanya penyelidik akan menjelaskan kepentingan, rasional dan signifikan melaksanakan sesuatu penyelidikan tersebut.

Senario masalah yang turut dihadapi oleh penyelidik berdasarkan kepada jurnal artikel membantu saya untuk membuat sorotanliteratur terhadap isu yang turut dialami oleh penyelidik berkenaan. Pernyataan masalah mengenai isu yang dikemukakan turut akan mengandungi sorotan literatur daripada kajian-kajian penyelidik lain. Maka, saya akan merujuk kepada bahagian ‘Rujukan’ dalam artikel jurnal tersebut untuk mendapatkan tajuk artikel jurnal yang turut mengkaji isu yang sama dan mengulang semula langkah-langkah ini.

3. DAPATAN KAJIAN (RESEARCH FINDINGS)

Setelah memperoleh maklumat yang diperlukan daripada bahagian pernyataan masalah, saya akan merujuk kepada bahagian ‘Dapatan Kajian’ yang terkandung dalam artikel jurnal tersebut. Hal ini kerana, dapatan kajian mengandungi huraian teknik yang digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan.

Bagi kajian kuantitatif, data mentah yang telah dianalisis akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah atau graf. Manakala pula bagi kajian kualitatif, dapatan kajian dirumuskan dan dipersembahkan dalam bentuk deskriptif berdasarkan tema-tema tertentu yang diperoleh daripada teks asal responden.

Dengan merujuk kepada bahagian ini, saya berupaya untuk mengetahui secara lebih mendalam hasil dapatan daripada responden kajian dalam artikel jurnal tersebut. Dapatan daripada responden kajian mengenai isu yang dikaji boleh dijadikan sebagai sorotan literatur sekiranya bersesuaian dengan fokus penyelidikan saya.

4. PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN (DISCUSSION)

Seterusnya, saya akan merujuk kepada bahagian ‘Perbincangan Kajian’. Bahagian ini merujuk kepada perbincangan atau rumusan dapatan kajian yang disokong dengan tinjauan literatur yang relevan dan implikasi teori terhadap dapatan kajian supaya kajian yang dilaksanakan adalah signifikan terhadap dunia pendidikan. Oleh itu, bahagian ini turut memainkan peranan yang penting terhadap penulisan sorotan literatur dalam kajian saya.

The post Bagaimana Membuat Tinjauan Literatur Daripada Artikel Jurnal? first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
1530