Pendidikan - Teacher Heng: Insightful Educator https://www.teacherheng.com Sun, 06 Apr 2025 15:17:53 +0000 en-GB hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 https://www.teacherheng.com/wp-content/uploads/2024/01/cropped-LOGO-1-32x32.png Pendidikan - Teacher Heng: Insightful Educator https://www.teacherheng.com 32 32 Kaedah Persampelan Kajian Kuantitatif https://www.teacherheng.com/kaedah-persampelan-kajian-kuantitatif Fri, 24 Jan 2025 14:27:42 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=4307 Bagi kajian kuantitatif, kaedah persampelan rawak terdiri daripada empat jenis kaedah, iaitu persampelan rawak mudah, rawak sistematik, rawak berstrata, dan rawak berkluster (cluster sampling). Persampelan rawak mudah merupakan proses memilih sampel di mana setiap individu dalam suatu populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dan dilibatkan sebagai responden kajian menggunakan cabutan daripada kotak atau penjanaan […]

The post Kaedah Persampelan Kajian Kuantitatif first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Bagi kajian kuantitatif, kaedah persampelan rawak terdiri daripada empat jenis kaedah, iaitu persampelan rawak mudah, rawak sistematik, rawak berstrata, dan rawak berkluster (cluster sampling).

Persampelan rawak mudah merupakan proses memilih sampel di mana setiap individu dalam suatu populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dan dilibatkan sebagai responden kajian menggunakan cabutan daripada kotak atau penjanaan sampel melalui komputer.

Persampelan rawak sistematik memerlukan senarai nama kesemua ahli-ahli dalam suatu populasi yang berkemungkinan untuk dipilih. Selepas itu, pengkaji perlu menggunakan formula dengan memilih setiap sampel dalam selang ke-n sehingga bilangan sampel yang dikehendaki tercapai (‘n’ adalah saiz populasi dibahagikan dengan saiz sampel).

Persampelan rawak berstrata membahagikan sampel mengikut kumpulan terlebih dahulu sebelum pemilihan sampel dibuat, seperti tahap kecerdasan rendah, sederhana, dan tinggi. Selepas itu, pengkaji akan menetapkan bilangan murid yang diperlukan bagi setiap kumpulan stratum tersebut dan seterusnya, pemilihan sampel secara rawak dilaksanakan.

Persampelan rawak berkluster juga dikenali sebagai rawak berkelompok. Kaedah persampelan berkluster ini hampir serupa dengan persampelan berstrata. Populasi yang terdapat di suatu lokasi kajian yang kedudukan geografinya jauh antara satu satu lain akan dikelompokkan. Daripada beberapa kumpulan kluster atau kelompok, pemilihan sampel akan dilaksanakan.

The post Kaedah Persampelan Kajian Kuantitatif first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian https://www.teacherheng.com/kesahan-dan-kebolehpercayaan-instrumen-kajian Fri, 24 Jan 2025 14:09:45 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=4299 Menurut Elango Periasamy dan Halimah Badioze Zaman (2011), semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, maka semakin jitu data yang diperoleh. Pernyataan beliau jelas menunjukkan bahawa kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada sebarang ralat atau kecacatan supaya hasil dapatan kajian yang diperoleh adalah jitu dan […]

The post Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Menurut Elango Periasamy dan Halimah Badioze Zaman (2011), semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, maka semakin jitu data yang diperoleh. Pernyataan beliau jelas menunjukkan bahawa kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada sebarang ralat atau kecacatan supaya hasil dapatan kajian yang diperoleh adalah jitu dan boleh dipercayai.

Menurut Lee et al. (2018), kebolehpercayaan sesuatu instrumen boleh dipertingkatkan berdasarkan kriteria seperti pernyataan yang jelas dan tepat dalam membina arahan dan soalan; proses pengumpulan data dalam keadaan yang piawai dan terkawal; mengelakkan gangguan terhadap subjek semasa mengisi instrumen kajian; dan mengelakkan kebimbangan subjek terhadap kerahsiaan maklumat. Instrumen temu bual dan lembaran kerja mestilah dijalankan dalam keadaan senyap seperti semasa keadaan peperiksaan bagi mengelakkan gangguan daripada persekitaran mereka.

Di samping itu, kajian ini juga akan menggunakan kaedah triangulasi dalam menjamin kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif yang dikumpulkan. Menurut Lee et al. (2018), kaedah triangulasi merupakan kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan. Pernyataan beliau turut dipersetujui Zanaton Iksan et al. (2016), kaedah triangulasi dapat meningkatkan kesahan dan kesahihan dapatan kajian kerana setiap data yang diperoleh daripada satu instrumen dapat diperkuatkan lagi oleh instrumen yang lain.

Menurut Zanaton Iksan et al. (2016), teknik triangulasi boleh dilaksanakan antara kaedah dan di dalam kaedah. Triangulasi antara kaedah dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai instrumen pengumpulan data, iaitu temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Triangulasi dalam kaedah dilaksanakan dengan melakukan pemerhatian dan temu bual secara berulang kali kepada setiap peserta kajian. Melalui proses ini, dapat diperhatikan bahawa peserta kajian mungkin melakukan sesuatu perlakuan secara berulang-ulang. Oleh itu, pengkaji akan menggunakan kedua-dua jenis triangulasi data, iaitu triangulasi antara kaedah dan triangulasi di dalam kaedah.

Elango Periasamy & Halimah Badioze Zaman (2011). Predict Incorrect Thinking Process: Negative Numbers Subtraction Operation Second Category. Proceeding of the International Conference on Advanced Science, Engineering and Information Technology. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lee, K. C., Zakri Abdullah & Chua, L. N. (2018). Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar.

Zanaton Iksan, Salasiah Hanin Hamjah, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, & Mohd Noor Saper (2016). Kualiti Ilmu Berasaskan Kesahan dan Kebolehpercayaan Data dalam Penyebaran Ilmu Islam: Perbincangan Berasaskan Kajian Kualitatif. Jurnal Hadhari, 8(1), 13-30.

The post Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Konsep Kendiri: Positif dan Negatif https://www.teacherheng.com/konsep-kendiri-positif-dan-negatif Sun, 19 Jan 2025 15:45:10 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=4285 Menurut Siti Jamiaah Abdul Jalil et al. (2017), konsep kendiri merupakan penilaian, persepsi atau tanggapan individu terhadap diri sendiri yang melibatkan kepercayaan, sikap, nilai, dan perasaannya. Dalam pembentukan diri remaja, tanggapan terhadap diri sendiri amat penting dalam menentukan identiti seseorang individu kerana ianya mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, dan emosi. Pernyataan ini adalah selaras dengan pandangan […]

The post Konsep Kendiri: Positif dan Negatif first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Menurut Siti Jamiaah Abdul Jalil et al. (2017), konsep kendiri merupakan penilaian, persepsi atau tanggapan individu terhadap diri sendiri yang melibatkan kepercayaan, sikap, nilai, dan perasaannya. Dalam pembentukan diri remaja, tanggapan terhadap diri sendiri amat penting dalam menentukan identiti seseorang individu kerana ianya mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, dan emosi.

Pernyataan ini adalah selaras dengan pandangan Khairunnisa Kamarulzaman (2019) dalam kajiannya yang mendefinisikan konsep kendiri sebagai persepsi dan penilaian seseorang pelajar terhadap keyakinan, keupayaan belajar, kerisauan, tumpuan terhadap pelajarannnya, perasaan takut dan perasaan dihargai atau bagaiamana seseorang individu menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Sebagai contoh, gambaran tentang paras, fizikal, kebolehan, kelemahan kesihatan, dan tingkah laku seseorang individu tersebut merupakan konsep kendiri (Farah & Mohammad Mujaheed Hassan, 2021).

Menurut Nyakundi et al. (2018), sekiranya murid mempunyai konsep kendiri yang positif dan berkeyakinan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang, murid tersebut akan menumpukan perhatiannya terhadap sesi PdPc guru dan berusaha sedaya upaya untuk cemerlang dalam ujian tersebut.

Namun, murid yang mempunyai konsep kendiri yang negatif akan beranggapan bahawa mereka akan gagal dalam ujian yang diberikan, dan menyebabkan mereka menghadiri sesi persekolahan semata-mata untuk menghadiri ujian serta tidak memberikan tumpuan untuk memahami pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Pernyataan beliau jelas menunjukkan bahawa konsep kendiri akan mempengaruhi seseorang individu secara positif ataupun negatif.

Farah Wazera Mohamed Jaafer Sadiq dan Mohammad Mujaheed Hassan (2021). Konsep Kendiri dan Gaya Pembelajaran terhadap Motivasi Akademik dalam kalangan Mahasiswa. Mlaysian Journal of Social Sciences and Humanitites (MJSSH), 6(2), 75- 105. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.683

Khairunnisa Kamarulzaman (2019). Hubungan di antara Konsep Kendiri dan Sokongan Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik dalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional. (Tesis Ijazah Sarjana). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nyakundi, E.N., Raburu, P.A., & Okwara, M.O. (2018). International Journal of Applied Psychology Relationship between Pupils’ Self Concept and Academic performance of Primary School Pupils in Kenya. IOSR Journal of Humanities and Social Science, 23(10), 63-66. https://doi.org/10.9790/0837-2310016366

Siti Jamiaah Abdul Jalil, Yusmini Md. Yusoff, & Rozmi Ismail (2017). Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam. Jurnal Usuluddin, 45(1), 1-26. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol45no1.1

The post Konsep Kendiri: Positif dan Negatif first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
MBK: Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autisme https://www.teacherheng.com/mbk-ciri-ciri-kanak-kanak-autisme Tue, 30 Jan 2024 14:00:35 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1601 Autisme juga dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) atau Kecelaruan Spektrum Autisme. Menurut Lope (2016), istilah ‘spektrum’ digunakan adalah kerana individu yang menghidapnya mempunyai masalah bermula pada tahap keupayaan ringan sehingga teruk dengan tahap keupayaan dan ketidakupayaan yang berbeza.  Menurut Siti Marziah Zakaria dan Nor Shahirah Mat Tauhaid (2018), istilah spektrum juga merujuk kepada kepelbagaian […]

The post MBK: Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autisme first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Autisme juga dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) atau Kecelaruan Spektrum Autisme. Menurut Lope (2016), istilah ‘spektrum’ digunakan adalah kerana individu yang menghidapnya mempunyai masalah bermula pada tahap keupayaan ringan sehingga teruk dengan tahap keupayaan dan ketidakupayaan yang berbeza.  Menurut Siti Marziah Zakaria dan Nor Shahirah Mat Tauhaid (2018), istilah spektrum juga merujuk kepada kepelbagaian manifestasi kecelaruan seperti keterukan keadaan autistik, tahap perkembangan dan kronologi umur.

Autisme merujuk kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami masalah dalam interaksi sosial, iaitu tidak mempunyai kemahiran untuk berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Menurut Elder et al. (2017), gangguan ini merujuk kepada keadaan yang biasanya wujud pada peringkat akhir bayi atau peringkat awal kanak-kanak, dan dikategorikan sebagai defisit sosial dan komunikasi yang menghalang fungsi optimum individu. Ganggauan atau ketidakseimbangan ini berlaku akibat daripada gangguan neurologikal kompleksi yang mempengaruhi fungsi otak serta sistem saraf yang menyebabkan kecelaruan pelbagai perkembangan (Kakkar & Srivastava, 2017).

Lazimnya, mereka kelihatan seolah-olah berada di dalam dunia mereka sendiri dan menghadapi masalah menyesuaikan diri dalam keadaan normal. Pernyataan ini adalah disokong dengan dapatan kajian Nurhayati Syazwani Zulkafli et al. (2018) yang menyatakan bahawa sistem saraf dalam otak individu yang mengalami autisme mengalami masalah perkembangan dan kesannya dapat dilihat apabila mereka mempamerkan tingkah laku seperti berada dalam dunia sendiri dan tidak peka terhadap persekitaran.

Hasil dapatan kajian Zuliza Mohd Kusrin et al. (2021) telah menggariskan beberapa ciri kanak-kanak austime dari aspek pendengaran.

    • Tidak boleh mendengar bunyi bising
    • Kanak-kanak yang sensitif dengan pendengaran akan bertindak di luar jangkaan apabila mendengar bunyi yang kuat
    • Menyorok dalam almari dan selimut, menutup telinga atau berguling-guling

Menurut Siti Marziah Zakaria dan Nor Shahirah Mat Tauhaid (2018), perilaku yang dinyatakan dalam dapatan kajian Zuliza Mohd Kusrin et al. (2021) boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa mengira tempat sama ada ketika berada di pusat membeli-belah atau pasar raya apabila terdengar bunyi yang bising.

Kanak-kanak autisme kerap kali mengalami gangguan tingkah laku antisosial iaitu mereka bersikap agresif seperti menggigit, memukul dan menendang orang lain atau dirinya sendiri (Suhaily Md Shamsudin & Siti Syuhada Abd Rahman, 2017). Pergerakan berulang-ulang dan kecenderungan tingkah laku mencederakan diri sendiri menyebabkan risiko kanak-kanak autisme kerap menerima rawatan (Wong, 2015). Kanak-kanak ini juga sering menjerit dan menangis tanpa sebab munasabah (Norfishah, 2015). Justeru, tingkah laku bermasalah dipamerkan oleh kanak-kanak autisme menyebabkan tekanan dan bebanan yang besar dialami oleh ibu bapa.

Elder, J.H., Kreider, C.M., Brasher, S.N. & Ansell, M. (2017). Clinical Impact of Early Diagnosis of Autism on The Prognosis and Parent–Child Relationships. Psychology Research and Behavior Management, 10, 283-292. https://doi.org/10.2147/prbm.s117499.

Kakkar, J. & Srivastava, P. (2017). Challenges and Coping among Parents Having Children with Autism Spectrum Disorder. Journal of Psychosocial Research, 12(2), 363-371.

Lope, R.J.R. (2016). Mengharungi Autisme. Persatuan Pediatrik Malaysia: Pengasuhan Positif, 5-7.

Norfishah, M. R. (2015). Rahsia dan Keunikan Personaliti Kanak-Kanak Autistik di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Nurhayati Syazwani Zulkafli, Latifah Abdul Majid & Hamdi Ishak (2018). Inovasi Perubatan melalui Terapi Al-Quran terhadap Kanak-Kanak Austisme. Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3(2), 40-45. ISSN 0128-0899

Siti Marziah Zakaria dan Nor Shahirah Mat Tauhaid (2018). Cabaran Membesarkan Anak-Anak Austime daripada Perspektif Ibu. Jurnal Psikologi Malaysia, 32(1), 58-71. ISSN 2289-8174

Suhaily Md Shamsudin & Siti Syuhada Abd Rahman (2017). Public Awareness on The Characteristics of Children with Autism in Selangor. Malaysia Online Journal of Education, 1(2), 73-81. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v1i2.90

Wong, Y. S. (2015). Factors Associated with Stress of Parents with Children Suffering from Autistic Spectrum Disorders (Doctoral dissertation). The Chinese University of Hong Kong.

Zuliza Mohd Kusrin, Zahidah Dahalan, Wafaa’ Yusof & AbRahman Roseliza-Murni (2018). Kecenderungan Perilaku Individu Austisme dalam Pelanggaran Undang-Undang: Satu Perspektif di Kalangan Guru Pendidikan Khas di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 26(2), 184-197. eISSN: 0127-8886

The post MBK: Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autisme first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Metodologi Kajian: Kaedah Hermeneutik https://www.teacherheng.com/metodologi-kajian-kaedah-hermeneutik Sun, 28 Jan 2024 04:11:07 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1523 Menurut Suppiah (2020), kaedah Hermeneutik merupakan salah satu kaedah kualitatif yang digunakan bagi proses pengumpulan dan menganalisis data. Menurut beliau, kaedah Hermeneutik adalah bersandarkan pada interpretasi teks secara terperinci. Kaedah Hermeneutik cenderung kepada pengkajian dan pemahaman secara mendalam dan terperinci ke atas sesuatu fenomena. Dengan penelitian yang mendalam dan terperinci ke atas sesuatu, pengkaji bukan […]

The post Metodologi Kajian: Kaedah Hermeneutik first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Menurut Suppiah (2020), kaedah Hermeneutik merupakan salah satu kaedah kualitatif yang digunakan bagi proses pengumpulan dan menganalisis data. Menurut beliau, kaedah Hermeneutik adalah bersandarkan pada interpretasi teks secara terperinci.

Kaedah Hermeneutik cenderung kepada pengkajian dan pemahaman secara mendalam dan terperinci ke atas sesuatu fenomena. Dengan penelitian yang mendalam dan terperinci ke atas sesuatu, pengkaji bukan sahaja berupaya memahami unsur-unsur luaran (makna tersurat), tetapi pengkaji juga berkeupayaan untuk melihat dan memahami unsur-unsur dalaman (makna tersirat).

Kaedah Hermeneutik berbentuk interpretif dan tumpuan adalah untuk melakukan tafsiran dan interpretasi ke atas apa juga yang dihasilkan oleh manusia yang mempunyai implikasi ‘makna’.

Kaedah Hermeneutik juga berfokuskan kepada teks sebagai sumber data. Sumber data tersebut boleh diperoleh melalui transkrip temu bual, karangan dan hasil yang berbentuk ilmiah. Maklumat atau informasi daripada teks digunakan untuk menjana tema dan difahami melalui proses interpretasi untuk mencari maksud yang tersirat tersebut.

Berikut menjelaskan ciri-ciri Kaedah Hermeneutik, iaitu teks; kekaburan (Ontoenigma); kebenaran (Lumensa); keterbukaan (Openness); proses ontopretasi; struktur luaran dan struktur dalaman; serta metateks.

1. TEKS

Menurut Suppiah (2020), teks merupakan segala jenis hasilan (produksi) manusia yang berkeupayaan untuk memperlihatkan penerangan dan pemikiran manusia seperti sikap, kelakuan dan keinginan seseorang itu.
Menurut beliau, teks terbahagi kepada dua bahagian, iaitu teks lisan dan teks bukan lisan. Teks lisan adalah seperti transkripsi interaksi dalam sebuah makhamah, proses soal siasat polis, proses pengajaran dan pembelajaran, proses kaunseling dan sebagainya. Manakala, teks bukan lisan adalah seperti karangan pelajar, peraturan bertulis di pasar, temu bual yang telah ditranskrip, skrip drama, skrip lakonan dan sebagainya.

2. KEKABURAN (ONTOENIGMA)

Kekaburan adalah istilah yang dirujuk kepada suatu keadaan di mana seseorang yang kurang jelas atau faham akan sesuatu teks akan berada dalam keadaan kekaburan, sehingga teks tersebut difahami dengan jelasnya. Dengan itu juga dia akan berusaha sedaya upaya untuk membebaskan dirinya daripada keadaan kekaburan dengan melakukan penelitian yang mendalam dan bertubi-tubi

3. KEBENARAN (LUMENSA)

Elemen-elemen kebenaran biasanya tersembunyi dalam teks dan akan muncul apabila ditafsir dan penginterpretasian terhadap teks-teks secara struktur dalaman daripada struktur luaran teks tersebut.

4. KETERBUKAAN (OPENNESS)

Menurut Bernstein (1982), ciri-ciri keterbukaan teks merupakan hasil dapatan daripada bahan yang dikaji oleh pengkaji. Menurut Suppiah (2013), unsur yang terkandung dalam teks itu merupakan faktor penting dalam kajian kelak terutamanya dalam keterbukaan sesuatu teks semasa dikajinya. Contohnya ciri-ciri budaya, sejarah individu dan pengalaman penulis teks adalah sangat penting yang terkandung dalam teks.

5. PROSES ONTOPRETASI (ONTO-PRETATION PROCESS)

Proses ontopretasi berlaku apabila pengkaji meneliti sesebuah teks dan mendapat sesuatu pemahaman daripada teks. Proses ontopretasi berlaku secara berulang-ulang sehingga pengkaji dapat memahami dan menginterpretasi teks dengan jelas. Melalui proses ontopretasi, pengkaji dapat keluar daripada kekaburan (ontoenignma) mengenai teks kepada kebenaran (lumensa) dengan memahami makna yang tersirat dalam teks.

6. STRUKTUR LUARAN DAN STRUKTUR DALAMAN

Teks mempunyai dua struktur, iaitu struktur luaran dan struktur dalaman. Secara umumnya struktur luaran merujuk kepada perkara-perkara yang tersurat, iaitu perkara-perkara yang dapat dikesan dengan mudah dan terus daripada teks. Akan tetapi, tingkah laku atau ujaran yang dihasilkan oleh individu itu kadangkala amat sukar untuk difahami, maka pengkaji terpaksa dengan sedaya upaya menyelami unsur-unsur yang tersembunyi (struktur dalaman) di sebalik sesuatu ujaran atau tingkah laku tersebut.

7. METATEKS

Metateks merujuk kepada ‘teks mengenai teks’, iaitu proses pemahaman teks mengenai teks akan menghasilkan teks-teks baru dan dinamakan sebagai Metateks. Metateks ialah hasil interpretasi yang dibuat terhadap teks yang mengandungi penjelasan terhadap apa yang diselidiki dalam teks. Dalam konteks kajian ini, metateks merujuk kepada tafsiran dan interpretasi tersurat dan tersirat setelah pemahaman secara mendalam mengenai teks responden.

Suppiah, N. (2003). Proses Kognitif dalam Penulisan Esei Melalui Analisis Hermeneutik (Disertasi Ijazah Doktor Falsafah tanpa terbitan). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Suppiah, N. (2013). Proses Kognisi dan Efeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Suppiah, N. (2020). Kaedah Hermeneutik: Kaedah Interpretasi Teks Secara Kualitatif.

The post Metodologi Kajian: Kaedah Hermeneutik first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Jantina https://www.teacherheng.com/hubungan-gaya-pembelajaran-terhadap-jantina Sat, 27 Jan 2024 06:31:33 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1434 Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap jantina. 1. TINJAUAN LITERATUR 1 Kaviza (2019) telah mengkaji mengenai kecenderungan gaya pembelajaran terhadap jantina pelajar yang mengambil mata pelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 512 responden yang merupakan pelajar sekolah menengah Tingkatan Empat di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia. […]

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Jantina first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap jantina.

1. TINJAUAN LITERATUR 1

Kaviza (2019) telah mengkaji mengenai kecenderungan gaya pembelajaran terhadap jantina pelajar yang mengambil mata pelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 512 responden yang merupakan pelajar sekolah menengah Tingkatan Empat di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Hasil kajian mendapati bahawa gaya pembelajaran fisiologikal iaitu gaya auditori, manakala gaya pembelajaran sosiologikal iaitu gaya berkumpulan merupakan gaya pembelajaran yang dominan yang diamalkan dalam kalangan responden ketika berada dalam bilik darjah.

Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan jantina murid dengan gaya pembelajaran mereka.

2. TINJAUAN LITERATUR 2

Namun begitu, kajian Farah dan Mohammad Mujaheed Hassan (2021) yang turut mengkaji gaya pembelajaran terhadap jantina adalah bercanggah dengan tinjauan literatur 1.

Kajian beliau menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengkaji tahap, perhubungan dan perbezaan antara konsep kendiri, gaya pembelajaran dengan motivasi akademik. Reponden kajian terdiri daripada 351 mahasiswa dan mahasiswi tahun pertama dari sebuah universiti di negeri Selangor.

Dari aspek perbezaan jantina, perempuan mempunyai gaya pembelajaran visual yang lebih tinggi berbandingkan lelaki kerana perempuan lebih memberikan fokus dan mengingati sesuatu apabila menulis.

Namun begitu, lelaki mempunyai gaya pembelajaran kinestetik yang lebih tinggi daripada perempuan kerana lelaki lebih kreatif dan artistik berbanding dengan responden perempuan.

Farah, W.M.J.S. & Mohammad Mujaheed Hassan (2021). Konsep Kendiri dan Gaya Pembelajaran terhadap Motivasi Akademik dalam kalangan Mahasiswa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(2), 75-105. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.683

Kaviza, M. (2019). Kecenderungan Gaya Pembelajaran Murid dalam Mata Pelajaran Sejarah: Satu Kajian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(1), 82-90. https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i1.192

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Jantina first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Penguasaan Bahasa https://www.teacherheng.com/hubungan-gaya-pembelajaran-terhadap-penguasaan-bahasa Sat, 27 Jan 2024 06:31:13 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1426 Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap penguasaan bahasa. 1. TINJAUAN LITERATUR 1 (VISUAL) Roshidah Hassan (2017) telah mengkaji gaya pembelajaran terhadap penguasaan bahasa Melayu dan strategi pembelajaran yang digunakan. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada 19 orang mahasiswa dari sebuah universiti yang terletak di Paris, Perancis. Hasil […]

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Penguasaan Bahasa first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap penguasaan bahasa.

1. TINJAUAN LITERATUR 1 (VISUAL)

Roshidah Hassan (2017) telah mengkaji gaya pembelajaran terhadap penguasaan bahasa Melayu dan strategi pembelajaran yang digunakan. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada 19 orang mahasiswa dari sebuah universiti yang terletak di Paris, Perancis.

Hasil kajian mendapati bahawa responden gemar menggunakan gaya pembelajaran yang bersifat visual berbandingkan auditori, terutamanya dalam melatih kemahiran mendengar.

Walaupun kemahiran mendengar melibatkan audio, namun kebanyakan responden memerlukan bahan sokongan berbentuk teks bagi membantu mereka memahami dengan lebih baik apa yang diperdengarkan kepada mereka.

2. TINJAUAN LITERATUR 2 (AUDITORI)​

Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli et al. (2019) telah mengkaji gaya pembelajaran pelajar terhadap penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 30 orang mahasiswa dari sebuah universiti di Jepun.

Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran auditori merupakan gaya pembelajaran dominan dalam kalangan responden kajian dalam mempelajari bahasa asing. 

Responden lebih cenderung mempelajari bahasa Melayu melalui pendengaran sama ada melalui pertuturan atau syarahan berbanding dengan mereka melihat secara visual atau melakukan aktiviti.

3. TINJAUAN LITERATUR 3 (VISUAL-AUDITORI)

Norul Haida Haji Reduzan et al. (2017) telah mengkaji gaya pembelajaran pelajar dalam PdP KOMSAS bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan peserta kajian terdiri daripada 20 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di daerah Temerloh, Pahang.

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lemah ketika mempelajari Komsas.

Pelajar cemerlang lebih dominan menggunakan gaya pembelajaran visual dan auditori di mana mereka lebih menumpukan kepada cara pembelajaran yang berbentuk tayangan video, sesi lakonan semula, penerangan guru, dan mencatat nota. Pelajar yang lemah pula adalah lebih cenderung menggunakan gaya pembelajaran kinestetik. 

4. TINJAUAN LITERATUR 4 (VISUAL-KINESTETIK)

Kajian Puteri Roslina Abdul Wahid dan Nur Azimah Bukhari (2016) turut mengkaji mengenai gaya pembelajaran terhadap penguasaan bahasa Melayu dalam PdP KOMSAS. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan peserta kajian terdiri daripada 20 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di daerah Temerloh, Pahang.

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lemah ketika mempelajari Komsas. 

Pelajar cemerlang lebih dominan menggunakan gaya pembelajaran visual dan auditori di mana mereka lebih menumpukan kepada cara pembelajaran yang berbentuk tayangan video, sesi lakonan semula, penerangan guru, dan mencatat nota. Pelajar yang lemah pula adalah lebih cenderung menggunakan gaya pembelajaran kinestetik. 

5. TINJAUAN LITERATUR 5 (AUDITORI-KINESTETIK)

Kajian Zati Azmina Jaafar et al. (2019) adalah bertujuan untuk menentukan gaya pembelajaran VAK yang digunakan terhadap penguasaan  kemahiran bahasa Arab. Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 92 pelajar dari tiga buah kolej universiti yang terdapat di negeri Selangor. 

Kajian mendapati bahawa pelajar cenderung menggunakan gaya pembelajaran secara kinestetik dan auditori berbandingkan dengan gaya pembelajaran visual ketika mempelajari empat jenis kemahiran bahasa Arab, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.

Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli, Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, & Shahlan Surat (2019). Pengaplikasian Gaya Pembelajaran VAK bagi Pembelajaran Budaya Melayu dalam Kalangan Pelajar di TUFS, Jepun. Jurnal Melayu Sedunia, 2(1), 112-142.

Norul Haida Haji Reduzan, Robe’, A.Y., & Hidayah Hasim (2017, November 5-9). Aplikasi Model VAK dalam Gaya Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu (Kertas Pembentangan). E-Proceeding of The Regional Conference on Civilization and Islamic Thoughts (ReCIT). Kajang, Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Puteri Roslina Abdul Wahid & Nur Azimah Bukhari (2016). Gaya Pembelajaran Kanak-Kanak Lembam dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 16(2), 323-348.

Roshidah Hassan (2017). Gaya dan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Perancis. Journal of Language Studies, 17(1), 125-146. http://doi.org/10.17576/gema-2017-1701-08

Zati Azmina Jaafar, Farah Nur-Rashida Rosnan, & Norfaedzah Mohd Hamidin (2019, April 24-25). Penilaian Gaya Pembelajaran VAK dalam Kalangan Pelajar Bahasa Arab di IPTS (Kertas Pembentangan). e-Prosiding Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kajang, Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Penguasaan Bahasa first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian https://www.teacherheng.com/hubungan-gaya-pembelajaran-terhadap-pencapaian Sat, 27 Jan 2024 06:30:41 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1439 Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap pencapaian akademik. 1. TINJAUAN LITERATUR 1 Muhammad Alee Song et al. (2021) telah mengkaji gaya pembelajaran terhadap pencapaian dalam kajiannya. Kajian beliau yang dilaksanakan di Puchong bertujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar peralihan membaca dan menulis. Kajian dilaksanakan […]

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap pencapaian akademik.

1. TINJAUAN LITERATUR 1

Muhammad Alee Song et al. (2021) telah mengkaji gaya pembelajaran terhadap pencapaian dalam kajiannya. Kajian beliau yang dilaksanakan di Puchong bertujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar peralihan membaca dan menulis. Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif terhadap tiga peserta kajian yang merupakan guru sekolah menengah yang mengajar pelajar peralihan bagi mata pelajaran bahasa Melayu. 

Hasil kajian mendapai bahawa guru mempunyai sikap yang positif untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran VAK dalam PdP kelas peralihan. Adalah didapati bahawa gaya pembelajaran VAK yang diamalkan berupaya menarik minat, meningkatkan motivasi pelajar, dan memberi implikasi terhadap peningkatan pencapaian keputusan akademik, di mana pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.

2. TINJAUAN LITERATUR 2

Hasil dapatan di atas turut disokong dengan kajian Dayang Julida Abang Tar dan Muhd Izwan Mahmud (2021) yang turut mengkaji gaya pembelajaran terhadap pencapaian murid. Kajian beliau bertujuan untuk mengkaji minat, tingkah laku disruptif, dan gaya pembelajaran bagi murid bermasalah pembelajaran dalam kalangan murid sekolah rendah di Malaysia. 

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan pengkaji mengulas semula hasil-hasil penyelidikan yang pernah dilaksanakan berkenaan bidang kajian pengkaji. Pengkaji merumuskan bahawa minat, tingkah laku, dan gaya pembelajaran murid saling berkaitan dalam menentukan pencapaian murid dalam pelajaran.

Tinjauan literatur 1 dan 2 jelas menunjukkan bahawa gaya pembelajaran saling berkait rapat dengan minat dan tingkah laku seseorang murid dan dapat mempengaruhi pencapaian dan prestasi murid dalam bilik darjah.

Balya Aziz (2016). Dokumentasi Gaya Pembelajaran Alat Muzik Dram Seorang Pemuda Asli Kaum Temiar di Pedalaman Semenanjung Malaysia: Satu Kajian Kes (Tesis Ijazah Sarjana). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Fleming, N.D. & Mills, C. (1992). Not Another Inventory, Rather A Catalyst for Reflection. To Improve the Academy, 11, 137-155.

Nor Musliza Mustafa & Mokmin Basri (2015). Pembelajaran VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) (Pembentangan Kertas). Seminar Wahyu Asas Tamadun. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Quah, W.B. (2017). Fleming VAK Sebagai Gaya Pembelajaran Terkesan. In: Mazuin Stapah (Eds.), Think Big v1: Ekspresi Minda Warga TVET (pp. 36-41). Kolej Komuniti Bandar Darulaman. https://kkbdthinkbig.wordpress.com/kkbd_thinkbigv1/

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Model Gaya Pembelajaran VARK https://www.teacherheng.com/model-gaya-pembelajaran-vark Sat, 27 Jan 2024 06:29:42 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1451 Model Gaya Pembelajaran VARK pada mulanya dikenali sebagai Model VAK, namun telah diubahsuai kepada VARK oleh Niel Flaming pada tahun 2006. Model Gaya Pembelajaran VARK memberi keutamaan kepada proses pembelajaran pelajar berdasarkan kecenderungan penggunaan deria mereka. Model Gaya Pembelajaran VARK telah mengkategorikan pelajar kepada empat jenis gaya pembelajaran yang berbeza, iaitu: Gaya Pembelajaran secara Visual […]

The post Model Gaya Pembelajaran VARK first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Model Gaya Pembelajaran VARK pada mulanya dikenali sebagai Model VAK, namun telah diubahsuai kepada VARK oleh Niel Flaming pada tahun 2006. Model Gaya Pembelajaran VARK memberi keutamaan kepada proses pembelajaran pelajar berdasarkan kecenderungan penggunaan deria mereka.

Model Gaya Pembelajaran VARK telah mengkategorikan pelajar kepada empat jenis gaya pembelajaran yang berbeza, iaitu:

  • Gaya Pembelajaran secara Visual (melihat)
  • Gaya Pembelajaran secara Auditori (mendengar)
  • Gaya Pembelajaran secara Reading-Writing (membaca dan menulis)
  • Gaya Pembelajaran secara Kinestetik (pergerakan)

1. GAYA PEMBELAJARAN VISUAL

Menurut Fleming dan Mills (1992), antara ciri-ciri murid visual ialah mereka cenderung belajar melalui mata (penglihatan) seperti:

    • Melihat gambar,
    • Melihat grafik
    • Membaca
    • Menonton video

Menurut Nor Musliza Mustafa dan Mokmin Basri (2015), murid-murid yang menggunakan kemampuan visual berkecenderungan mempamerkan ciri-ciri seperti:

    • Murid visual lebih mudah mengingati, memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks
    • Murid visual mempunyai penampilan rapi dan teratur
    • Murid visual memiliki sikap teliti dan tekun
    • Murid visual berbicara dengan cepat
    • Murid visual cenderung menggerakkan mata ke atas ketika menghafal sesuatu
    • Murid visual tidak terganggu oleh suasana yang bising ketika melakukan sesuatu
    • Murid visual sukar mengingati arahan secara lisan
    • Murid visual gemar menulis untuk mengingat
    • Murid visual sering meminta bantuan orang untuk mengulang sesuatu maklumat
    • Murid visual lebih suka membaca daripada dibacakan

Berdasarkan kertas pembentangan seminar Quah (2017), murid visual mempunyai lebih banyak kemahiran visualisasi berbanding pelajar auditori dan kinestetik. Murid dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri seperti:

    • Murid visual belajar dengan cepat melalui visualisasi
    • Murid visual suka menggambarkan maklumat dalam pemikirannya
    • Murid visual mampu mewujudkan imej mental yang jelas untuk menyimpan maklumat yang dikumpulkan.

Fleming, N.D. & Mills, C. (1992). Not Another Inventory, Rather A Catalyst for Reflection. To Improve the Academy, 11, 137-155.

Quah, W.B. (2017). Fleming VAK Sebagai Gaya Pembelajaran Terkesan. In: Mazuin Stapah (Eds.), Think Big v1: Ekspresi Minda Warga TVET (pp. 36-41). Kolej Komuniti Bandar Darulaman. https://kkbdthinkbig.wordpress.com/kkbd_thinkbigv1/

Nor Musliza Mustafa & Mokmin Basri (2015). Pembelajaran VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) (Pembentangan Kertas). Seminar Wahyu Asas Tamadun. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

2. GAYA PEMBELAJARAN AUDITORI

Menurut Fleming dan Mills (1992), antara ciri-ciri murid auditori ialah mereka cenderung belajar melalui telinga (pendengaran) seperti:

    • Mendengar
    • Bertutur
    • Melakukan perbincangan

Menurut Nor Musliza Mustafa dan Mokmin Basri (2015), murid yang menggunakan kemampuan auditori dalam pembelajaran menunjukkan ciri-ciri seperti:

    • Murid auditori sering bercakap dengan diri sendiri
    • Murid auditori mudah terganggu dengan suasana bising
    • Murid auditori menggerakkan bibir apabila membaca
    • Murid auditori membaca atau mengeja dengan kuat untuk mengingat
    • Murid auditori pandai bercerita dan berbiraca irama
    • Murid auditori pelajar dengan mendengarkan
    • Murid auditori mudah mengingat maklumat yang dibincangkan secara lisan daripada yang dilihat
    • Murid auditori menjelaskan sesuatu perkara dengan panjang lebar
    • Murid auditori menghadapi kesukaran dengan perkara yang memerlukannya membuat visualisasi

Menurut Quah (2017), murid dalam kumpulan ini lebih suka untuk berfikir dalam perkataan dan bukannya untuk menggambarkan maklumat yang mereka terima. 

Menurut Balya Aziz (2016), murid yang mempunyai gaya pembelajaran auditori bukan bermaksud bahawa murid hanya perlu mendengar suatu maklumat sekali sahaja untuk mengingatinya.

Balya Aziz (2016). Dokumentasi Gaya Pembelajaran Alat Muzik Dram Seorang Pemuda Asli Kaum Temiar di Pedalaman Semenanjung Malaysia: Satu Kajian Kes (Tesis Ijazah Sarjana). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Fleming, N.D. & Mills, C. (1992). Not Another Inventory, Rather A Catalyst for Reflection. To Improve the Academy, 11, 137-155.

Nor Musliza Mustafa & Mokmin Basri (2015). Pembelajaran VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) (Pembentangan Kertas). Seminar Wahyu Asas Tamadun. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Quah, W.B. (2017). Fleming VAK Sebagai Gaya Pembelajaran Terkesan. In: Mazuin Stapah (Eds.), Think Big v1: Ekspresi Minda Warga TVET (pp. 36-41). Kolej Komuniti Bandar Darulaman. https://kkbdthinkbig.wordpress.com/kkbd_thinkbigv1/

3. GAYA PEMBELAJARAN READING-WRITING

Menurut Mohd Shahir Mohamed Sunar (2019), murid yang menggunakan gaya pembelajaran jenis membaca dan menulis mempunyai kecenderungan untuk:

    • Membaca bahan bercetak sebagai cara untuk memperoleh maklumat
    • Gemar mengemaskini nota kuliah dalam bentuk peta minda
    • Memiliki bahan-bahan kuliah yang disusun rapi

Kajian Subagja dan Rubini (2023) mendapati bahawa murid yang memiliki gaya pembelajaran reading dan writing menunjukkan ciri-ciri seperti:

    • Murid berasa selesa apabila belajar menerusi teks bahan bacaan
    • Murid suka membaca tulisan secara teliti dan kemudiannya memproses serta mengingati maklumat tersebut.
    • Murid cenderung memiliki nota kuliah yang lengkap dan terperinci
    • Murid tidak berminat untuk belajar secara aktiviti hands-on atau terlalu banyak gambar dan bunyi.
    • Murid berasa gembira ketika berada di tempat yang sunyi untuk membaca dan memproses maklumat yang diperoleh daripada bahan bacaan.

Mohd Shahir Mohamed Sunar (2019). Kesan Gaya Pembelajaran VARK dan Pendekatan Pembelajaran Pelajar ke atas Pencapaian Subjek Kimia dan Kemahiran Insaniah secara Kaedah Pembelajaran Teradun melalui Media Sosial (Disertasi Ijazah Doktor Falsafah). Kedah Darul Aman: Universiti Utara Malaysia.

Subagja, S. & Rubini, B. (2023). Analysis of Student Learning Styles Using Fleming's VARK Model in Science Subject. Jurnal Pembelajaran dan Biologi Nukleus, 9(1), 31-39. https://doi.org/10.36987/jpbn.v9i1.3752

4. GAYA PEMBELAJARAN KINESTETIK

Menurut Fleming dan Mills (1992), antara ciri-ciri murid kinestetik ialah mereka cenderung belajar dengan melakukan sesuatu atau belajar melalui pengalaman dan pergerakan seperti:

    • Bergerak
    • Melakukan
    • Menyentuh

Menurut Quah (2017), murid kinestetik mampu memproses dan mengingat maklumat dengan berinteraksi dengan ruang di sekeliling mereka.

Menurut Nor Musliza Mustafa dan Mokmin Basri (2015), murid kinestetik cenderung untuk mengingati sesuatu pembelajaran dengan baik apabila mengambil bahagian secara praktikal dalam aktiviti pembelajaran. 

Menurut Nor Musliza Mustafa dan Mokmin Basri (2015), antara ciri-ciri murid kinestetik ialah:

    • Murid kinestetik suka berbicara dengan perlahan
    • Murid kinestetik cenderung menyentuh murid lain untuk mendapatkan perhatian
    • Murid kinestetik cenderung berdiri dekat ketika berbicara dengan orang lain
    • Murid kinestetik mempunyai perkembangan awal otot-otot yang besar
    • Murid kinestetik cenderung belajar melalui aktiviti praktikal, iaitu hands-on
    • Murid kinestetik cenderung menggunakan isyarat tubuh badan
    • Murid kinestetik tidak dapat duduk dengan diam bagi tempoh masa yang lama
    • Murid kinestetik cenderung mempunyai tulisan yang kurang cantik
    • Murid kinestetik cenderung menyukai permainan atau aktiviti yang menyibukkan

Fleming, N.D. & Mills, C. (1992). Not Another Inventory, Rather A Catalyst for Reflection. To Improve the Academy, 11, 137-155.

Nor Musliza Mustafa & Mokmin Basri (2015). Pembelajaran VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) (Pembentangan Kertas). Seminar Wahyu Asas Tamadun. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Quah, W.B. (2017). Fleming VAK Sebagai Gaya Pembelajaran Terkesan. In: Mazuin Stapah (Eds.), Think Big v1: Ekspresi Minda Warga TVET (pp. 36-41). Kolej Komuniti Bandar Darulaman. https://kkbdthinkbig.wordpress.com/kkbd_thinkbigv1/

The post Model Gaya Pembelajaran VARK first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Perkaitan Antara Motivasi: Intrinsik dan Ekstrinsik https://www.teacherheng.com/perkaitan-antara-motivasi-intrinsik-dan-ekstrinsik Sat, 13 Jan 2024 19:02:29 +0000 https://teacherheng.com/?p=690 Terdapat perkaitan antara motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Kedua-dua jenis motivasi akan mempengaruhi pembelajaran murid dalam bilik darjah. Menurut Schneider et al. (2017), motivasi intrinsik yang tinggi berbanding motivasi ekstrinsik ialah petanda positif kerana ianya menggambarkan motif penglibatan yang memfokuskan keseronokan dan kehendak individu sendiri. Motivasi intrinsik akan menyebabkan pelajar melakukan sesuatu bermotifkan kepuasan manakala […]

The post Perkaitan Antara Motivasi: Intrinsik dan Ekstrinsik first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Terdapat perkaitan antara motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Kedua-dua jenis motivasi akan mempengaruhi pembelajaran murid dalam bilik darjah.

Menurut Schneider et al. (2017), motivasi intrinsik yang tinggi berbanding motivasi ekstrinsik ialah petanda positif kerana ianya menggambarkan motif penglibatan yang memfokuskan keseronokan dan kehendak individu sendiri.

Motivasi intrinsik akan menyebabkan pelajar melakukan sesuatu bermotifkan kepuasan manakala motivasi ekstrinsik akan menyebabkan manusia tertarik dengan penawaran ganjaran (Lily Hanefarezan Asbullah et al., 2018).

Menurut Lily Hanefarezan Asbullah et al. (2018), seseorang individu menjadi lebih produktif dan berkualiti sekiranya didorong oleh motivasi intrinsik berbanding dengan ekstrinsik. Namun begitu, apabila guru menawarkan ganjaran (motivasi ekstrinsik) secara kerap, motivasi intrinsik berkemungkinan akan menurun dan hasil kerja akan merosot.

Berdasarkan Teori Penentuan Kendiri (Self-Determination Theory), motivasi intrinsik akan menurun apabila terdapat ganjaran dalam sesuatu penglibatan. Manakala pula berdasarkan Teori Atribusi (Attribution Theory), pemberian ganjaran setelah tamat sesuatu aktiviti akan menyebabkan individu berkecenderungan menyifatkan (attribute) tingkah laku kepada ganjaran (ekstrinsik) dan bukannya minat (intrinsik).

Namun begitu, kajian Sternberg dan Lubart (1985) mendapati bahawa pemberian motivator ekstrinsik seperti gred dan wang tidak semestinya akan menjejaskan kualiti kerja individu berkenaan. Beliau menyarankan bahawa pemberian ganjaran ekstrinsik perlulah bergantung kepada peringkat kerja, tugas, aktivitu atau pencapaian tertentu.

Berdasarkan Means-End Fusion Theory yang diperkenalkan oleh Kruglanski et al. (2018), sebarang tugasan atau aktiviti boleh dialami secara intrinsik atau ekstrinsik dan bergantung kepada bagaimana tanggapan individu tersebut sama ada.

Motivator intrinsik adalah lebih kepada tugasan yang memerlukan fokus yang tinggi (task focusing) untuk mencapai sesuatu matlamat dan kepuasan dalam kehidupan (achievement, fulfilment). Manakala pula motivator ekstrinsik adalah lebih kepada tugasan yang berorientasikan matlamat (goal orientated) kepada ganjaran.

Menurut Jovanovic dan Matejevic (2014), walaupun individu memperoleh kepuasan dalam sesuatu aktiviti atau tugasan pada permulaannya, tetapi tahap kepuasan dan minat akan berkurangan sekiranya berpanjangan. Oleh itu, motivator ekstrinsik diperlukan untuk memulihkan semula individu agar berupaya meneruskan semula aktiviti tersebut.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan untuk menyuntik motivasi dalam jiwa anak murid supaya murid-murid bermotivasi intrinsik untuk melibatkan diri secara aktif dalam tugasan dan PdPc yang dilaksanakan. Motivasi ekstrinsik perlu diberikan bagi menggalakkan atau menyemarakkan semula (reignite) minat murid dalam bilik darjah.

Hujah-hujah yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

Jovanovic, D. & Matejevic, M. (2014). Relationship between Rewards and Intrinsic Motivation for Learning – Researches Review. Procedia – Social and Behavioral Sciences, 149, 456-460.

Kruglanski, Fishbach, A., Woolley, K. (2018). A Structural Model of Intrinsic Motivation: On the Psychology of Means-Ends Fusion. Psychological Review, 125(2). 165-182. https://doi.org/10.1037/rev0000095

Lily Hanefarezan Asbulah, Maimun Aqsha Lubis, Ashinida Aladdin & Musab Sahrim (2018). Tahap Motivasi Holistik, Intrinsik dan Ekstrinsik terhadap Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab dalam kalangan Graduan Universiti Awam. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 33, 75-93. https://doi.org/10.21315/

Schneider, R., Harrington, M., & Tobar, D. (2017). Goal Orientation and How a Task or Ego Mentality can Affect the Enjoyment for College Hockey Players. College Student Journal, 51(1), 57-62.

Sternberg & Lubart (1985). Beyond IQ: A Triarchic Theory of Human Intelligence. Cambridge University Press.

The post Perkaitan Antara Motivasi: Intrinsik dan Ekstrinsik first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>