Sorotan Literatur - Teacher Heng: Insightful Educator https://www.teacherheng.com Sun, 06 Apr 2025 15:17:52 +0000 en-GB hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 https://www.teacherheng.com/wp-content/uploads/2024/01/cropped-LOGO-1-32x32.png Sorotan Literatur - Teacher Heng: Insightful Educator https://www.teacherheng.com 32 32 Bagaimana Membuat Tinjauan Literatur Daripada Artikel Jurnal? https://www.teacherheng.com/bagaimana-membuat-tinjauan-literatur-daripada-artikel-jurnal Sun, 28 Jan 2024 04:19:12 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1530 Bagaimana tinjauan literatur dilakukan? Artikel jurnal merupakan sumber yang penting dalam melaksanakan tinjauan literatur. Hal ini kerana bukan setiap artikel jurnal yang dicari adalah bertepatan dengan isu pendidikan yang dikaji. Untuk mengenal pasti sama ada sesuatu artikel jurnal sesuai dijadikan rujukan ataupun tidak, saya akan meneliti tajuk artikel tersebut terlebih dahulu. Seseorang penyelidik perlu memastikan […]

The post Bagaimana Membuat Tinjauan Literatur Daripada Artikel Jurnal? first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Bagaimana tinjauan literatur dilakukan? Artikel jurnal merupakan sumber yang penting dalam melaksanakan tinjauan literatur. Hal ini kerana bukan setiap artikel jurnal yang dicari adalah bertepatan dengan isu pendidikan yang dikaji. Untuk mengenal pasti sama ada sesuatu artikel jurnal sesuai dijadikan rujukan ataupun tidak, saya akan meneliti tajuk artikel tersebut terlebih dahulu. Seseorang penyelidik perlu memastikan artikel jurnal tersebut turut mengkaji isu pendidikan yang sama, seperti pembelajaran mata pelajaran Matematik melibatkan topik Pecahan di sekolah rendah.

1. ABSTRAK (ABSTRACT)

Bahagian abstrak merupakan rumusan menyeluruh sesuatu kajian dalam sesuatu penulisan artikel penyelidikan dan merangkumi pelbagai aspek, iaitu reka bentuk kajian, objektif kajian, metodologi kajian, dapatan kajian, dan implikasi kajian. Melalui pembacaan bahagian Abstrak dalam sesuatu artikel jurnal, saya berupaya untuk menentukan sama ada  artikel jurnal tersebut sesuai dijadikan sebagai tinjauan literatur ataupun tidak.

2. PERNYATAAN MASALAH (PROBLEM STATEMENT)

Apabila mendapati bahagian penulisan abstrak berkisar mengenai isu pendidikan yang dikaji, bahagian seterusnya yang akan dirujuk ialah bahagian ‘Pernyataan Masalah’. Pernyataan masalah merupakan isu atau masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan dan kebiasaanya penyelidik akan menjelaskan kepentingan, rasional dan signifikan melaksanakan sesuatu penyelidikan tersebut.

Senario masalah yang turut dihadapi oleh penyelidik berdasarkan kepada jurnal artikel membantu saya untuk membuat sorotanliteratur terhadap isu yang turut dialami oleh penyelidik berkenaan. Pernyataan masalah mengenai isu yang dikemukakan turut akan mengandungi sorotan literatur daripada kajian-kajian penyelidik lain. Maka, saya akan merujuk kepada bahagian ‘Rujukan’ dalam artikel jurnal tersebut untuk mendapatkan tajuk artikel jurnal yang turut mengkaji isu yang sama dan mengulang semula langkah-langkah ini.

3. DAPATAN KAJIAN (RESEARCH FINDINGS)

Setelah memperoleh maklumat yang diperlukan daripada bahagian pernyataan masalah, saya akan merujuk kepada bahagian ‘Dapatan Kajian’ yang terkandung dalam artikel jurnal tersebut. Hal ini kerana, dapatan kajian mengandungi huraian teknik yang digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan.

Bagi kajian kuantitatif, data mentah yang telah dianalisis akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah atau graf. Manakala pula bagi kajian kualitatif, dapatan kajian dirumuskan dan dipersembahkan dalam bentuk deskriptif berdasarkan tema-tema tertentu yang diperoleh daripada teks asal responden.

Dengan merujuk kepada bahagian ini, saya berupaya untuk mengetahui secara lebih mendalam hasil dapatan daripada responden kajian dalam artikel jurnal tersebut. Dapatan daripada responden kajian mengenai isu yang dikaji boleh dijadikan sebagai sorotan literatur sekiranya bersesuaian dengan fokus penyelidikan saya.

4. PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN (DISCUSSION)

Seterusnya, saya akan merujuk kepada bahagian ‘Perbincangan Kajian’. Bahagian ini merujuk kepada perbincangan atau rumusan dapatan kajian yang disokong dengan tinjauan literatur yang relevan dan implikasi teori terhadap dapatan kajian supaya kajian yang dilaksanakan adalah signifikan terhadap dunia pendidikan. Oleh itu, bahagian ini turut memainkan peranan yang penting terhadap penulisan sorotan literatur dalam kajian saya.

The post Bagaimana Membuat Tinjauan Literatur Daripada Artikel Jurnal? first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Jantina https://www.teacherheng.com/hubungan-gaya-pembelajaran-terhadap-jantina Sat, 27 Jan 2024 06:31:33 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1434 Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap jantina. 1. TINJAUAN LITERATUR 1 Kaviza (2019) telah mengkaji mengenai kecenderungan gaya pembelajaran terhadap jantina pelajar yang mengambil mata pelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 512 responden yang merupakan pelajar sekolah menengah Tingkatan Empat di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia. […]

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Jantina first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap jantina.

1. TINJAUAN LITERATUR 1

Kaviza (2019) telah mengkaji mengenai kecenderungan gaya pembelajaran terhadap jantina pelajar yang mengambil mata pelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 512 responden yang merupakan pelajar sekolah menengah Tingkatan Empat di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Hasil kajian mendapati bahawa gaya pembelajaran fisiologikal iaitu gaya auditori, manakala gaya pembelajaran sosiologikal iaitu gaya berkumpulan merupakan gaya pembelajaran yang dominan yang diamalkan dalam kalangan responden ketika berada dalam bilik darjah.

Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan jantina murid dengan gaya pembelajaran mereka.

2. TINJAUAN LITERATUR 2

Namun begitu, kajian Farah dan Mohammad Mujaheed Hassan (2021) yang turut mengkaji gaya pembelajaran terhadap jantina adalah bercanggah dengan tinjauan literatur 1.

Kajian beliau menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengkaji tahap, perhubungan dan perbezaan antara konsep kendiri, gaya pembelajaran dengan motivasi akademik. Reponden kajian terdiri daripada 351 mahasiswa dan mahasiswi tahun pertama dari sebuah universiti di negeri Selangor.

Dari aspek perbezaan jantina, perempuan mempunyai gaya pembelajaran visual yang lebih tinggi berbandingkan lelaki kerana perempuan lebih memberikan fokus dan mengingati sesuatu apabila menulis.

Namun begitu, lelaki mempunyai gaya pembelajaran kinestetik yang lebih tinggi daripada perempuan kerana lelaki lebih kreatif dan artistik berbanding dengan responden perempuan.

Farah, W.M.J.S. & Mohammad Mujaheed Hassan (2021). Konsep Kendiri dan Gaya Pembelajaran terhadap Motivasi Akademik dalam kalangan Mahasiswa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(2), 75-105. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.683

Kaviza, M. (2019). Kecenderungan Gaya Pembelajaran Murid dalam Mata Pelajaran Sejarah: Satu Kajian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(1), 82-90. https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i1.192

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Jantina first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Penguasaan Bahasa https://www.teacherheng.com/hubungan-gaya-pembelajaran-terhadap-penguasaan-bahasa Sat, 27 Jan 2024 06:31:13 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1426 Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap penguasaan bahasa. 1. TINJAUAN LITERATUR 1 (VISUAL) Roshidah Hassan (2017) telah mengkaji gaya pembelajaran terhadap penguasaan bahasa Melayu dan strategi pembelajaran yang digunakan. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada 19 orang mahasiswa dari sebuah universiti yang terletak di Paris, Perancis. Hasil […]

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Penguasaan Bahasa first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap penguasaan bahasa.

1. TINJAUAN LITERATUR 1 (VISUAL)

Roshidah Hassan (2017) telah mengkaji gaya pembelajaran terhadap penguasaan bahasa Melayu dan strategi pembelajaran yang digunakan. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada 19 orang mahasiswa dari sebuah universiti yang terletak di Paris, Perancis.

Hasil kajian mendapati bahawa responden gemar menggunakan gaya pembelajaran yang bersifat visual berbandingkan auditori, terutamanya dalam melatih kemahiran mendengar.

Walaupun kemahiran mendengar melibatkan audio, namun kebanyakan responden memerlukan bahan sokongan berbentuk teks bagi membantu mereka memahami dengan lebih baik apa yang diperdengarkan kepada mereka.

2. TINJAUAN LITERATUR 2 (AUDITORI)​

Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli et al. (2019) telah mengkaji gaya pembelajaran pelajar terhadap penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 30 orang mahasiswa dari sebuah universiti di Jepun.

Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran auditori merupakan gaya pembelajaran dominan dalam kalangan responden kajian dalam mempelajari bahasa asing. 

Responden lebih cenderung mempelajari bahasa Melayu melalui pendengaran sama ada melalui pertuturan atau syarahan berbanding dengan mereka melihat secara visual atau melakukan aktiviti.

3. TINJAUAN LITERATUR 3 (VISUAL-AUDITORI)

Norul Haida Haji Reduzan et al. (2017) telah mengkaji gaya pembelajaran pelajar dalam PdP KOMSAS bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan peserta kajian terdiri daripada 20 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di daerah Temerloh, Pahang.

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lemah ketika mempelajari Komsas.

Pelajar cemerlang lebih dominan menggunakan gaya pembelajaran visual dan auditori di mana mereka lebih menumpukan kepada cara pembelajaran yang berbentuk tayangan video, sesi lakonan semula, penerangan guru, dan mencatat nota. Pelajar yang lemah pula adalah lebih cenderung menggunakan gaya pembelajaran kinestetik. 

4. TINJAUAN LITERATUR 4 (VISUAL-KINESTETIK)

Kajian Puteri Roslina Abdul Wahid dan Nur Azimah Bukhari (2016) turut mengkaji mengenai gaya pembelajaran terhadap penguasaan bahasa Melayu dalam PdP KOMSAS. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan peserta kajian terdiri daripada 20 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di daerah Temerloh, Pahang.

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lemah ketika mempelajari Komsas. 

Pelajar cemerlang lebih dominan menggunakan gaya pembelajaran visual dan auditori di mana mereka lebih menumpukan kepada cara pembelajaran yang berbentuk tayangan video, sesi lakonan semula, penerangan guru, dan mencatat nota. Pelajar yang lemah pula adalah lebih cenderung menggunakan gaya pembelajaran kinestetik. 

5. TINJAUAN LITERATUR 5 (AUDITORI-KINESTETIK)

Kajian Zati Azmina Jaafar et al. (2019) adalah bertujuan untuk menentukan gaya pembelajaran VAK yang digunakan terhadap penguasaan  kemahiran bahasa Arab. Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 92 pelajar dari tiga buah kolej universiti yang terdapat di negeri Selangor. 

Kajian mendapati bahawa pelajar cenderung menggunakan gaya pembelajaran secara kinestetik dan auditori berbandingkan dengan gaya pembelajaran visual ketika mempelajari empat jenis kemahiran bahasa Arab, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.

Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli, Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, & Shahlan Surat (2019). Pengaplikasian Gaya Pembelajaran VAK bagi Pembelajaran Budaya Melayu dalam Kalangan Pelajar di TUFS, Jepun. Jurnal Melayu Sedunia, 2(1), 112-142.

Norul Haida Haji Reduzan, Robe’, A.Y., & Hidayah Hasim (2017, November 5-9). Aplikasi Model VAK dalam Gaya Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu (Kertas Pembentangan). E-Proceeding of The Regional Conference on Civilization and Islamic Thoughts (ReCIT). Kajang, Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Puteri Roslina Abdul Wahid & Nur Azimah Bukhari (2016). Gaya Pembelajaran Kanak-Kanak Lembam dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 16(2), 323-348.

Roshidah Hassan (2017). Gaya dan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Perancis. Journal of Language Studies, 17(1), 125-146. http://doi.org/10.17576/gema-2017-1701-08

Zati Azmina Jaafar, Farah Nur-Rashida Rosnan, & Norfaedzah Mohd Hamidin (2019, April 24-25). Penilaian Gaya Pembelajaran VAK dalam Kalangan Pelajar Bahasa Arab di IPTS (Kertas Pembentangan). e-Prosiding Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kajang, Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Penguasaan Bahasa first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian https://www.teacherheng.com/hubungan-gaya-pembelajaran-terhadap-pencapaian Sat, 27 Jan 2024 06:30:41 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1439 Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap pencapaian akademik. 1. TINJAUAN LITERATUR 1 Muhammad Alee Song et al. (2021) telah mengkaji gaya pembelajaran terhadap pencapaian dalam kajiannya. Kajian beliau yang dilaksanakan di Puchong bertujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar peralihan membaca dan menulis. Kajian dilaksanakan […]

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Artikel ini membincangkan sorotan literatur yang mengkaji gaya pembelajaran (learning style) terhadap pencapaian akademik.

1. TINJAUAN LITERATUR 1

Muhammad Alee Song et al. (2021) telah mengkaji gaya pembelajaran terhadap pencapaian dalam kajiannya. Kajian beliau yang dilaksanakan di Puchong bertujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar peralihan membaca dan menulis. Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif terhadap tiga peserta kajian yang merupakan guru sekolah menengah yang mengajar pelajar peralihan bagi mata pelajaran bahasa Melayu. 

Hasil kajian mendapai bahawa guru mempunyai sikap yang positif untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran VAK dalam PdP kelas peralihan. Adalah didapati bahawa gaya pembelajaran VAK yang diamalkan berupaya menarik minat, meningkatkan motivasi pelajar, dan memberi implikasi terhadap peningkatan pencapaian keputusan akademik, di mana pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.

2. TINJAUAN LITERATUR 2

Hasil dapatan di atas turut disokong dengan kajian Dayang Julida Abang Tar dan Muhd Izwan Mahmud (2021) yang turut mengkaji gaya pembelajaran terhadap pencapaian murid. Kajian beliau bertujuan untuk mengkaji minat, tingkah laku disruptif, dan gaya pembelajaran bagi murid bermasalah pembelajaran dalam kalangan murid sekolah rendah di Malaysia. 

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan pengkaji mengulas semula hasil-hasil penyelidikan yang pernah dilaksanakan berkenaan bidang kajian pengkaji. Pengkaji merumuskan bahawa minat, tingkah laku, dan gaya pembelajaran murid saling berkaitan dalam menentukan pencapaian murid dalam pelajaran.

Tinjauan literatur 1 dan 2 jelas menunjukkan bahawa gaya pembelajaran saling berkait rapat dengan minat dan tingkah laku seseorang murid dan dapat mempengaruhi pencapaian dan prestasi murid dalam bilik darjah.

Balya Aziz (2016). Dokumentasi Gaya Pembelajaran Alat Muzik Dram Seorang Pemuda Asli Kaum Temiar di Pedalaman Semenanjung Malaysia: Satu Kajian Kes (Tesis Ijazah Sarjana). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Fleming, N.D. & Mills, C. (1992). Not Another Inventory, Rather A Catalyst for Reflection. To Improve the Academy, 11, 137-155.

Nor Musliza Mustafa & Mokmin Basri (2015). Pembelajaran VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) (Pembentangan Kertas). Seminar Wahyu Asas Tamadun. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Quah, W.B. (2017). Fleming VAK Sebagai Gaya Pembelajaran Terkesan. In: Mazuin Stapah (Eds.), Think Big v1: Ekspresi Minda Warga TVET (pp. 36-41). Kolej Komuniti Bandar Darulaman. https://kkbdthinkbig.wordpress.com/kkbd_thinkbigv1/

The post Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>