Teori - Teacher Heng: Insightful Educator https://www.teacherheng.com Sun, 06 Apr 2025 15:20:46 +0000 en-GB hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 https://www.teacherheng.com/wp-content/uploads/2024/01/cropped-LOGO-1-32x32.png Teori - Teacher Heng: Insightful Educator https://www.teacherheng.com 32 32 Teori Personaliti Psikodinamik: Mekanisme Helah Bela Diri https://www.teacherheng.com/teori-personaliti-psikodinamik-mekanisme-helah-bela-diri Tue, 30 Jan 2024 08:44:49 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1571 Teori Perkembangan Personaliti menurut Sigmund Freud menjelaskan bahawa personaliti manusia yang terbentuk adalah integrasi antara tiga komponen, iaitu id, ego dan superego. Namun begitu, Freud menjelaskan bahawa id, ego dan superego sering berlaku pergolakan / perbalahan antara satu sama lain. Keadaan ini dinamakan sebagai konflik psikodinamik. Personaliti seseorang adalah dibentuk berdasarkan kekerapan, jenis dan akibat […]

The post Teori Personaliti Psikodinamik: Mekanisme Helah Bela Diri first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Teori Perkembangan Personaliti menurut Sigmund Freud menjelaskan bahawa personaliti manusia yang terbentuk adalah integrasi antara tiga komponen, iaitu id, ego dan superego. Namun begitu, Freud menjelaskan bahawa id, ego dan superego sering berlaku pergolakan / perbalahan antara satu sama lain. Keadaan ini dinamakan sebagai konflik psikodinamik.

Personaliti seseorang adalah dibentuk berdasarkan kekerapan, jenis dan akibat konflik yang dihadapi. Ketika mengalami konflik, ego berperanan untuk menghalang individu daripada berasa bimbang dan rasa bersalah kerana tindakan id yang kurang wajar atau melanggar peraturan superego yang mempunyai nilai-nilai murni. Sering kali ego mengarahkan kita untuk bertindak secara rasional tetapi ego akan menggunakan helah bela diri pada tahap bawah sedar untuk melindungi dri daripada perasaan bimbang dan serba salah.

Apabila seseorang berasa bimbang atau kecewa, harga dirinya akan tergugat. Untuk mempertahankan harga dirinya, individu berkenaan perlu melakukan pelbagai bentuk penyesuaian agar harga dirinya dipertahankan. Mekanisme yang digunakan oleh individu untuk mempertahankan harga diri dikenali sebagai helah bela diri. Helah bela diri merupakan mekanisme untuk menafikan, menukar atau menipu diri sendiri daripada menghadapi realiti.

Helah bela diri dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

    • Helah Bela Diri Asas
    • Helah Bela Diri yang Melibatkan Penipuan dan Gantian

1. HELAH BELA DIRI ASAS

Helah bela diri asas sering kali digunakan pada peringkat awal sesuatu krisis/masalah. Reaksi pertama apabila individu yang terlibat berasa terancam dan tertekan adalah bertindak dengan menafikannya atau tidak mahu menghadapi masalahnya secara realistik. Oleh itu, reaksi yang ditunjukkan berbentuk kemandirian (survival) fight or flight, iaitu menggunakan naluri asas untuk terus hidup.

A. Penafian (Denial)

  1. Individu tidak mahu menerima kenyataan atau realiti
  2. Cuba menyakinkan diri bahawa masalah itu tidak wujud bagi mengelakkan tekanan
    • Acika tidak dapat menerima laporan perubatan yang menyatakan bahawa dia menghidap penyakit barah dengan mengatakan laporan mempunyai kesalahan
    • Ibu menafikan kematian anaknya dalam kemalangan jalan raya dengan mengekalkan keadaan bilik tidur tanpa mengubah persekitarannya
    • Bella ditinggalkan kekasihnya tetapi masih mengharap bahawa fakta itu tidak benar dan kekasihnya tetap menyayanginya dan akan kembali ke pangkuannya.

B. Represi (Repression)

  1. Individu bertindak sengaja ‘melupakan’ sesuatu peristiwa yang pahit
  2. Menolak emosi, pemikiran dan pengalaman yang pahit ke bahagian minda bawah sedar (subconscious mind)
  3. Personaliti ego yang lebih dominan menghalang desakan id untuk membawa kenangan pahit ke alam sedar
    • Perpisahan persahabatan yang terlalu menyakitkan hati sehingga menyebabkan kita ‘melupakan’ peristiwa atau nama teman tersebut.
    • Bella, seorang gadis yang mempunyai Sejarah hitam dalam hidupnya, berpindah ke negara lain dan cuba melupakan peristiwa tersebut daripada ingatannya.

C. Penarikan (Withdrawal)

  1. Penarikan berlaku pada tahap alam sedar, iaitu seseorang sengaja menarik diri daripada situasi yang kurang menyeronokkan.
    • Individu berkemungkinan berasa kurang selesa apabila menghadiri majlis keramaian yang melibatkan orang kenamaan dan protokol-protokol rasmi. Untuk mengelakkan perasaan bimbang, individu menarik diri daripada terlibat dengan majlis yang diadakan dan kekal berada di rumah sahaja.

D. Supresi (Suppression)

  1. Supresi merupakan proses mental secara sedar untuk mengelakkan daripada memikirkan masalah
  2. Tidak membenarkan peristiwa sedih memenuhi ruang minda
    • Pelajar yang gagal peperiksaan mengisi masanya dengan bersenam atau menonton wayang

E. Keagresifan (Aggression)

  1. Menunjukkan tindakan yang agresif bagi menjaga harga dirinya yang tergugat seperti mengeluarkan kata-kata kesat, menumbuk atau membaling objek-objek berhampiran
  2. Keagresifan diarahkan (directed) kepada punca kekecewaan tersebut

2. HELAH BELA DIRI YANG MELIBATKAN PENIPUAN DAN GANTIAN

Helah bela diri yang berikut melibatkan tindakan yang melibatkan penipuan dan gantian.

A. Fantasi (Fantasy)

  1. Seseorang yang tidak boleh mencapai apa yang dikehendaki dalam alam sebenar dan berusaha mencapainya melalui fantasi
    • Pelajar yang berasa bosan mendengar kuliah berangan-angan / berfantasi dirinya bera dalam sebuah pertunjukan konsert hiburan.
    • Bella seorang perempuan kampung yang miskin dan menyara keluarganya dengan menjual nasi lemak. Bella berhasrat menjadi kaya dan mengahwini putera raja lalu Bella berfantasi. Hasrat Bella tercapai dalam fantasinya.

B. Regresi (Regression)

  1. Regresi melibatkan penarikan diri ke peringkat / tahap perkembangan yang sebelumnya (zaman kanak-kanak), iaitu keadaan kurang tertekan dengan mempamerkan watak keanak-anakan dan tingkah laku kebergantungan berlebihan
    • Bella yang berumur tiga tahun berasa kecewa apabila ibu bapanya mengalih perhatian mereka kepada adik yang baru dilahirkan. Hal ini menyebabkan Bella merengek dan membuang air di atas tilam walaupun telah dilatih ke tandas.
    • Apabila individu berasa harga diri tercabar dengan kritikan dan komen pensyarah yang meletakkan ekspektasi tinggi terhadap pembentangan / PdPc, individu menunjukkan mulut muncung ataupun menangis.

C. Rasionalisasi (Rationalization)

  1. Merupakan kaedah helah bela diri yang menggunakan alasan atau penjelasan yang seolah-olah munasabah untuk mempertahankan tindakannya supaya dapat diterima oleh pihak lain

    • Apabila Bella gagal dalam peperiksaan matematiknya, dia cuba menyalahkan pengajaran gurunya, soalan terlalu susah atau tidak mencukupi masa untuk membuat ulang kaji.
    • Seorang pekerja yang dipecat oleh majikannya merasionalkan bahawa jawatan tersebut tidak menarik.

D. Pindah Gantian (Displacement)

  1. Keagresifan yang diarahkan kepada objek / orang lain
  2. Memindahkan perasaan negatif yang terpendam kepada seseorang yang disegani, kepada orang atau objek yang tidak berbahaya
  3. Hal ini bermaksud pindah gantian memerlukan seseorang individu untuk mencari seorang mangsa untuk melepaskan perasaan yang bersifat negatif seperti kekecewaan.
  4. Mangsa biasanya dipilih dalam kalangan orang yang kurang berkuasa atau kurang berpengaruh daripada individu yang mengalami ketegangan (tension) atau tekanan (stress).
    • Kanak-kanak yang dimarahi ibunya bertindak mencubit adiknya
    • Seorang pekerja (bapa) bertindak memarahi anaknya apabila pulang ke rumah setelah ditegur oleh pegawai atasannya ketika bekerja.
    • Cikgu Bella yang dimarahi Guru Besar berasa amat marah dan memindahkan rasa marah kepada murid-muridnya apabila memasuki bilik darjah.

E. Pembentukan Reaksi

  1. Merupakan suatu tindakan kepura-puraan atau lakonan yang menonjolkan sifat berlainan untuk menyembunyikan perasaan negatif dalam dirinya
  2. Juga dikenali sebagai tindakan seseorang yang bertentangan dengan motif asalnya
    • Adam berasa cemburu terhadap rakan sejawatnya, Bella yang berjaya memegang jawatan yang dihasratkan Adam. Oleh itu, Adam menunjukkan kemesraan dan keprihatinan yang keterlaluan kepada Ibrahim. Sebenarnya, di sebalik kemesraan yang ditunjukkan, tersembunyi perasaan cemburu.
    • Amin berasa benci dan meluat pada majikannya tetapi menunjukkan tingkah laku positif dan menghormati majikannya sehingga majikan tertipu dalam penilaiannya terhadap Amin.

F. Projeksi

  1. Meletakkan pemikiran dan perasaan negatif pada orang lain
  2. Personaliti ego tidak dapat menerima kelemahan diri, maka kelemahan dirinya cuba dipaparkan menjadi kelemahan orang lain.
    • Seorang guru pelatih bangun lewat dan mempunyai keinginan untuk memonteng kuliah tetapi ego memberitahu dirinya bahawa perbuatan tersebut salah. Untuk menipu diri, dia mengatakan rakan-rakan lain juga selalu ponteng kuliah.
    • Bella menyalahkan gurunya yang tidak pandai mengajar dan menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan Matematik. Sebenarnya, Bella yang bersalah kerana tidak mahu belajar dan tidak membuat latihan Matematik yang diberikan.

G. Identifikasi (Identification)

  1. Individu yang berasa kecewa kerana gagal mencapai sesuatu cuba membuat penyesuaian dengan menyifatkan dirinya seperti orang yang berjaya.
  2. Mengaitkan diri dengan orang-orang yang berjaya supaya dapat mengatasi perasaan rendah diri.
    • Seorang guru senior yang tidak dipilih sebagai guru besar sering kelihatan berdampingan dengan guru besar dan pegawai berpangkat tinggi dengan harapan dapat menumpang kedudukan berkenaan dan menyerap pengaruh orang-orang yang didampinginya.
    • Penyanyi baru akan meniru gaya penyanyi yang popular untuk mengatasi perasaan rendah diri dan menambah keyakinan kendiri.

H. Kompensasi (Compensation)

  1. Seseorang yang menutup kelemahan diri dengan membesarkan kejayaan dalam bidang lain.
    • Pelajar yang ketinggiannya tidak mencukupi untuk menyertai pasukan bola tampar akan menumpukan sepenuh perhatian dalam sukan angkat berat sehingga berjaya menjadi johan dalam acara tersebut.
    • Pelajar yang lemah dalam akademik cuba kompensasi dengan mengasah kemahiran interpersonalnya supaya menjadi popular dalam kalangan guru dan rakan sekolahnya.
    • Bella membesarkan kejayaannya dalam akademik untuk menutupi kelemahannya dalam sukan bola jaring.

I. Sublimasi (Sublimation)

  1. Merupakan suatu tindakan helah bela diri yang melibatkan pemindahan atau penggantian impuls id dengan mengalihkan tenaga kepada tingkah laku yang boleh diterima oleh masyarakat
    • Individu yang bersifat pendiam biasanya menyalurkan perasaan dan pemikirannya dalam bidang kesenian seperti mencipta lirik lagu atau menulis cerpen untuk majalah
    • Bella berasa kecewa setelah putus cinta, namun telah mengalihkan perasaan cintanya daripada lelaki kepada cintakan tanah air apabila memasuki tentera.

The post Teori Personaliti Psikodinamik: Mekanisme Helah Bela Diri first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Teori Perkembangan Arnold Gesell https://www.teacherheng.com/teori-perkembangan-arnold-gesell Tue, 30 Jan 2024 06:42:18 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1564 Arnold Gesell merupakan seorang ahli psikologi yang menekankan baka (genetic) sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu. Gesell mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama dalam menentukan proses pembelajaran. Beliau berpendapat semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Menurut Teori Perkembangan Arnold Gesell, terdapat lima peringkat […]

The post Teori Perkembangan Arnold Gesell first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Arnold Gesell merupakan seorang ahli psikologi yang menekankan baka (genetic) sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu. Gesell mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama dalam menentukan proses pembelajaran.

Beliau berpendapat semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Menurut Teori Perkembangan Arnold Gesell, terdapat lima peringkat perkembangan motor kanak-kanak sejak lahir, iaitu berumur 1 bulan sehingga berumur 5 tahun.

1. PERINGKAT PERTAMA (0 HINGGA 1 TAHUN)

  • Bayi yang berumur 1 bulan menghasilkan tangisan berbeza-beza untuk meminta sesuatu daripada orang dewasa yang menjaganya, sama ada meminta perhatian belaian, makanan, atau lampin yang basah.
  • Ketika bayi berumur 4 bulan, mata bayi boleh mengikuti objek yang bergerak di hadapannya.
  • Ketika bayi berumur 6 bulan, bayi akan berupaya untuk menggenggam objek.
  • Bayi berumur 7 bulan boleh duduk dan merangkak.
  • Ketika bayi berumur 12 bulan, bayi mulai berupaya berdiri dengan berpaut pada kerusi.

2. PERINGKAT KEDUA (1 HINGGA 2 TAHUN)

  • Kanak-kanak mula jalan bertatih atau dibantu oleh pengasuhnya, memperkukuhkan otot kaki supaya dapat berjalan dengan lebih stabil dan mula boleh berlari.
  • Kanak-kanak juga mula memahami makna ‘jangan’ dan berhenti melakukan sesuatu perbuatan pada ketika arahan diberikan.
  • Kanak-kanak mulai menguasai bahasa tetapi percakapan masih pelat.

3. PERINGKAT KETIGA (2 HINGGA 3 TAHUN)

  • Kanak-kanak boleh makan, berjalan dan berlari sendiri dengan pengawasan ibu bapa.
  • Kanak-kanak sudah mampu bercakap menggunakan ayat mudah.

4. PERINGKAT KEEMPAT (3 HINGGA 4 TAHUN)

  • Kanak-kanak mampu menunggang basikal beroda tiga.
  • Kanak-kanak juga boleh mendengar dan mematuhi arahan mudah yang diberikan oleh ibu bapa.

5. PERINGKAT KELIMA (4 HINGGA 5 TAHUN)

  • Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan.
  • Mereka juga akan suka bertanya dan mengemukakan soalan tentang perkara yang dilihat di sekeliling mereka.
  • Pada usia ini, mereka sudah bersedia untuk dihantar ke prasekolah

Berdasarkan Teori Perkembangan Arnold Gesell, setiap kali seseorang kanak-kanak memasuki satu peringkat perkembangan baru, dia akan menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil kerana dia perlu mempelajari kemahiran koordinasi fizikal, temperaman, intelektual dan sikap.

The post Teori Perkembangan Arnold Gesell first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky https://www.teacherheng.com/teori-perkembangan-kognitif-vygotsky Sun, 28 Jan 2024 13:00:24 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1545 Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky  yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky turut dikenali dengan nama Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Teori ini menekankan bahawa kemahiran kognitif kanak-kanak berkembang melalui interaksi sosial. Menurut Vygotsky, interaksi sosial antara kanak-kanak dengan orang di sekeliling mereka dapat meningkatkan perkembangan mental, bahasa dan sosial mereka. Bahasa merupakan alat pengantara yang penting bagi menyokong perkembangan […]

The post Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky  yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky turut dikenali dengan nama Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Teori ini menekankan bahawa kemahiran kognitif kanak-kanak berkembang melalui interaksi sosial. Menurut Vygotsky, interaksi sosial antara kanak-kanak dengan orang di sekeliling mereka dapat meningkatkan perkembangan mental, bahasa dan sosial mereka.

Bahasa merupakan alat pengantara yang penting bagi menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana kanak-kanak mula didedahkan kepada bahasa sejak lahir lagi dan pemerolehan bahasa tidak berlaku tanpa interaksi sosial.

Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky menggunakan istilah zon perkembangan proksimal, tahap perkembangan sebenar (actual developmental level) dan tahap perkembangan berpotensi (level of potential development) untuk menjelaskan cara-cara perkembangan kognitif kanak-kanak dapat dipertingkat dan diperkukuhkan melalui interaksi mereka dengan individu yang lebih berkebolehan.

Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) merupakan lingkungan kemampuan seseorang untuk melakukan tugas-tugas dengan berjaya. Tahap perkembangan sebenar merupakan had bawah iaitu tahap yang dicapai oleh seseorang apabila berfungsi secara bersendirian, manakala tahap perkembangan berpotensi merujuk kepada kebolehan individu untuk mencapai potensi yang lebih tinggi dengan bimbingan daripada pihak yang lebih berkebolehan. Oleh itu, jurang atau jarak antara kedua-dua tahap ini dikenali sebagai zon perkembangan proksimal (ZPD).

Jika tugasan-tugasan yang diberi berada dalam kawasan ZPD, perkembangan kognitif individu tersebut akan mencapai tahap yang maksimum. ZPD akan bergerak ke aras yang lebih tinggi apabila individu itu mempelajari kemahiran baru. Dengan bantuan persekitaran dan pihak lain, kanak-kanak dapat mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi. Bagi mencapai ZPD, kanak-kanak memerlukan bimbingan daripada pihak yang lebih kompeten atau fasih untuk memberi bimbingan menggunakan bahasa yang betul seperti guru, rakan sebaya, ibu bapa atau orang dewasa yang mereka percayai.

Dalam teori Vygotsky, medium atau perbualan sedemikian dikenali sebagai scaffolding. Scaffolding membawa maksud ‘sesuatu kerangka yang menyokong proses pembelajaran individu’. Perkembangan kognitif akan berlaku pada tahap yang lebih tinggi, iaitu apabila orang dewasa yang berada di samping kanak-kanak memberi tunjuk ajar, berbanding jika kanak-kanak melakukan tugasan tersebut secara bersendirian atau tanpa bantuan.

Selain daripada berinteraksi dengan pihak yang lebih berkebolehan untuk mempelajari kemahiran baharu, Vygotsky turut membincangkan peranan bicara kendiri (self speech) dan bicara hati (inner speech) serta kesannya terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Bicara kendiri merupakan situasi kanak-kanak bercakap sendiri secara nyaring, manakala bicara hati merujuk kepada kanak-kanak ‘bercakap’ kepada diri sendiri secara mental. Melalui bicara kendiri dan bicara hati, kanak-kanak belajar memandu dan mengarah tingkah laku diri semasa mengendalikan tugasan-tugasan yang sukar. Dalam erti kata lain, kanak-kanak menyediakan scaffolding kepada dirinya sendiri dalam proses pembelajaran.

Kanak-kanak digalakkan menyatakan pemikirannya (thinking aloud) dan hal ini membantu mereka mendengar bicara hati diri sendiri untuk merancang dan mengawal tingkah laku sendiri. Bicara kendiri ini cenderung berlaku kepada kanak-kanak yang berusia tiga hingga tujuh tahun disebabkan pemikirannya masih bersifat konkrit. Semasa bicara kendiri, kanak-kanak dapat menggunakan bahasa dan pemikiran untuk mempertimbangkan pilihan tindakan seterusnya. Orang dewasa juga menggunakan bicara kendiri untuk meneroka bisikan hati, membuat refleksi dan metakognisi terhadap tindakan-tindakan mereka.

The post Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Teori Pembelajaran Piaget https://www.teacherheng.com/teori-pembelajaran-piaget Sun, 28 Jan 2024 05:29:27 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1535 Terdapat empat konsep utama yang dicadangkan dalam Teori Pembelajaran Jean Piaget mengenai proses pembelajaran dan bagaimanan proses pemikiran seseorang terbentuk, iaitu: Skema Asimilasi Akomodasi Ekuilibrasi 1. SKEMA Skema merupakan struktur asas yang mewakili pengetahuan mental seseorang. Skema dibina semasa kanak-kanak cuba mencapai kefahaman tentang sesuatu dan bertindak kepada pengalaman fizikal di persekitarannya. Menurut Sternberg (2016), […]

The post Teori Pembelajaran Piaget first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Terdapat empat konsep utama yang dicadangkan dalam Teori Pembelajaran Jean Piaget mengenai proses pembelajaran dan bagaimanan proses pemikiran seseorang terbentuk, iaitu:

    • Skema
    • Asimilasi
    • Akomodasi
    • Ekuilibrasi

1. SKEMA

Skema merupakan struktur asas yang mewakili pengetahuan mental seseorang. Skema dibina semasa kanak-kanak cuba mencapai kefahaman tentang sesuatu dan bertindak kepada pengalaman fizikal di persekitarannya. Menurut Sternberg (2016), skema adalah struktur mental atau struktur kognitif seseorang individu yang tidak wujud secara fizikal tetapi dalam bentuk konsep atau kategori. Hal ini bermaksud skema (pola penyusunan tingkah laku) merujuk kepada struktur-struktur kognitif/mental yang digunakan oleh individu untuk mendapatkan pengetahuan atau pemahaman mengenai persekitarannya.

Seorang bayi yang baru lahir mempunyai skema yang terhad atau minimum. Apabila kanak-kanak membesar dan melalui pengalaman tertentu seperti memegang sebiji bola, kanak-kanak telah membina skema perlakuan iaitu menyentuh dan mencengkam. Apabila membaling bola, kanak-kanak tersebut telah membina skema melihat dan mengarahkan bola pada sasarannya.

Semakin kanak-kanak membesar, skema baru akan terbentuk dan skema sedia ada akan diubah suai dan bertambah luas. Kanak-kanak berumur enam tahun mungkin mempunyai skema berkaitan penggunaan strategi-strategi tertentu untuk membuat kategori bahan-bahan mengikut saiz, warna atau bentuk yang sama. Apabila seseorang mencapai umur dewasa, dia telahpun memiliki skema yang pelbagai dan kompleks, contohnya kemahiran memandu kereta di tempat yang sesak, merancang belanjawan peribadi dan sebagainya.

Setiap individu cuba memberi makna kepada dunia yang dialaminya. Perkembangan skema kognitif disebabkan oleh hasil interaksi seseorang individu dengan persekitaran fizikal dan sosialnya. Skema kognitif membantu kita menggunakan perwakilan simbol secara mental dan mengamalkan cara-cara berfikir. Skema tidak statik tetapi sentiasa berubah mengikut perkembangan kognitif dan pengalaman seseorang. Menurut Piaget, skema berubah atau berkembang melalui dua proses penting yang dinamakan sebagai organisasi dan adaptasi.

Organisasi ialah sifat dalaman seseorang individu untuk bertindak menyusun atau mengorganisasikan segala pemerhatian dan pengalaman dalam persekitarannya. Manakala adaptasi merupakan proses individu menyesuaikan diri kepada persekitaran fizikal dan sosial dengan membentuk idea-idea baharu untuk mempertingkatkan kefahaman. Konsep asimilasi dan akomodasi digunakan oleh Piaget untuk menjelaskan peranan adaptasi dalam perkembangan kognitif ini.

2. ASIMILASI

Asimilasi merupakan proses kognitif, iaitu individu mengintegrasikan maklumat atau pengalaman baharu ke dalam skema sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa aktif memproses dan menginterpretasikan segala peristiwa yang berlaku di sekitara mereka. Proses ini penting untuk membantu mengembangkan skema supaya dapat memahami rangsangan daripada yang mudah kepada yang susah.

Kanak-kanak belajar tentang konsep “kereta” melalui pengalaman dan pemerhatian ciri-ciri kereta yang dipandu oleh ayahnya. Berdasarkan pengalamannya, kanak-kanak juga dapat mengenal pasti kereta yang berlainan jenama atau warna yang berada di jalan raya sebagai “kereta”. Kanak-kanak ini berjaya mengasimilasikan maklumat baharu ke dalam skema sedia ada dengan mudah.

Sebagai contoh, kita mengumpamakan skema sebagai belon dan asimilasi seperti memasukkan angin ke dalam belon tersebut. Angin yang dimasukkan menyebabkan belon bertambah besar tetapi masih mengekalkan bentuk yang sama. Skema (belon) berkembang kerana telah membuat asimilasi kepada maklumat baharu (angin).

Berdasarkan analagi yang diberikan, asimilasi berlaku sepanjang tempoh sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berlangsung dalam bilik darjah. Sebagai contoh, bagi mata pelajaran Matematik, murid-murid telah membentuk skema mengenai konsep bahagi dan skema fakta asas darab. Asimilasi berlaku bagi membentuk skema baharu apabila murid dikehendaki menyelesaikan soalan matematik melibatkan bahagi panjang (long division) dimana murid perlu mengasimilasikan skema bahagi dan skema darab bagi menyelesaikan soalan yang diberikan.

3. AKOMODASI

Proses akomodasi merupakan satu cara menukarkan skema atau konsep sedia ada untuk disesuaikan dengan maklumat baharu. Semasa proses pembelajaran, seseorang individu akan cuba mengasimilasikan maklumat baharu ke dalam skema yang sedia ada tetapi jika perkara tidak berjaya, dua perkara mungkin berlaku, iaitu mengubah suai skema sedia ada untuk menerima maklumat baharu atau membentuk skema baharu untuk menerima maklumat yang baharu. Kedua-dua proses ini dipanggil akomodasi dan menghasilkan perubahan kualitatif dan perkembangan skema (development of scheme).

Pada peringkat awal, kanak-kanak hanya mengenali konsep “kereta” sebagai kereta jenis sedan dan menganggap semua jenis kereta merupakan kereta jenis sedan. Semasa proses akomodasi, kanak-kanak mengubah suai skema sedia ada yang terbentuk untuk menerima ciri-ciri kereta jenis SUV dan MPV sebagai kereta. Apabila kanak-kanak menerima maklumat baharu untuk membezakan ciri-ciri kereta dengan ciri-ciri saiz lori, bas dan treler, maka kanak-kanak akan mengenali bahawa lori, bas dan treler bukan merupakan “kereta”. Proses ini menunjukkan bahawa skema baharu telah terbentuk dalam struktur kognitif/mental kanak-kanak tersebut melalui proses akomodasi ini.

Individu yang hanya mengasimilasi dan tidak mengakomodasikan akan menghasilkan beberapa skema besar. Individu yang hanya mengakomodasi mempunyai banyak skema kecil dan tidak dapat membuat generalisasi kerana setiap pengalaman merupakan skema baharu dan tidak dapat mendiskriminasikan ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara skema-skema berkenaan. Sebagai contoh, ibu menjelaskan perbezaan huruf “b” dan “d” ataupun “p” dan “q” melalui ciri-cirinya. Melalui penerangan yang diberikan, kanak-kanak berupaya mendiskriminasikan ciri-ciri perbezaan kedua-dua huruf tersebut.

4. EKUILIBRASI

Ekuilibrasi atau keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi menentukan interaksi individu dengan persekitaran untuk memahaminya. Ekuilibrasi menerangkan cara-cara pemikiran untuk memahaminya. Ekuilibrasi menerangkan cara-cara pemikiran kanak-kanak beralih daru satu peringkat ke peringkat yang berikutnya. Peralihan ini hanya berlaku jika kanak-kanak mengalami konflik kognitif atau ketidakseimbangan (disequilibrium) semasa cuba memahami apa-apa yang sedang dipelajari. Apabila konflik kognitif ini dapat diselesaikan, maka ekuilibrasi dicapai dan pemikiran berada dalam keadaan seimbang.

Piaget berpandangan bahawa terdapat pergolakan kognitif yang nyata antara keadaan ekuilibrasi dan disequilibrium semasa proses asimilasi dan akomodasi silih berganti untuk membawa kepada perubahan kognitif semasa menerima maklumat baharu. Sebagai contoh, seorang kerani berjaya mengubah suai cara kerjanya daripad apenggunaan mesin taip kepada komputer kerana dapat mengasimilasikan kebanyakan fungsi-fungsi baru sebuah computer. Dengan demikian, kitab oleh mengatakan bahawa ekuilibrasi telah dicapai melalui proses asimiilasi. Pembelajaran baharu berlaku dengan mudah keranan kita dapat menyesuaikan maklumat baharu ke dalam struktur kognitif tanpa sebarang masalah.

Namun, ekuilibrasi melalui akomodasi memerlukan seseorang mengubah perspektifnya kepada paradigma yang baharu. Berdasarkan contoh tadi, kerani tersebut mengalami konflik kognitif semasa mempelajari bahawa komputer juga berfungsi sebagai video kamera dan kamera web (webcam) yang membolehkan telekonferens antara manusia daru sudut dunia yang berlainan. Bagi memastikan ekuilibrasi tercapai, bimbingan rakan sebaya atau orang di sekelilingnya membantu kerani membentuk skema baharu melalui interaksi dan pengetahuan yang diperoleh.

Semasa pembelajaran maklumat baharu, individu yang hanya mengasimilasi akan menghasilkan skema yang besar. Dalam keadaan seperti ini, kebanyakan maklumat yang diperhatikan kelihatan lebih kurang sama dan pembelajaran secara umum berlaku. Jika pembelajaran individu yang hanya mengakomodasi, pembelajaran sedemikian akan menghasilkan banyak skema kecil. Dia tidak dapat membuat perkaitan atau generalisasi kerana setiap pengalaman merupakan skema yang berlainan. Dia tidak berupaya menentukan persamaan dan perbezaan atnara skema-skema berkenaan. Oleh itu, proses asimilasi dan akomodasi yang wujud bersama-sama berkeupayaan membentuk tahap pemikiran yang tinggi (KBAT) dalam kalangan individu.

Bagi mencapai proses keseimbangan (equilibrium) antara proses asimilasi dan akomodasi, Piaget telah memperkenalkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Moral Piaget .

The post Teori Pembelajaran Piaget first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Teori Perkembangan Kognitif Piaget https://www.teacherheng.com/teori-perkembangan-kognitif-piaget Sun, 28 Jan 2024 03:56:19 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1517 Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut satu siri peringkat yang kompleks dan saling berkait antara satu sama lain. Terdapat empat peringkat Teori Perkembangan Kognitif Piaget, iaitu: Tahap Sensori Motor (Sejak Lahir Hingga 2 Tahun) Tahap Praoperasi (2 Hingga 7 Tahun) Tahap Operasi Konkrit (7 Hingga 11 Tahun) Tahap Operasi Formal (11 Tahun Hingga Zaman […]

The post Teori Perkembangan Kognitif Piaget first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut satu siri peringkat yang kompleks dan saling berkait antara satu sama lain. Terdapat empat peringkat Teori Perkembangan Kognitif Piaget, iaitu:

    • Tahap Sensori Motor (Sejak Lahir Hingga 2 Tahun)
    • Tahap Praoperasi (2 Hingga 7 Tahun)
    • Tahap Operasi Konkrit (7 Hingga 11 Tahun)
    • Tahap Operasi Formal (11 Tahun Hingga Zaman Remaja)

1. TAHAP SENSORI MOTOR (SEJAK LAHIR HINGGA 2 TAHUN)

Perkembangan kognitif peringkat sensori motor bergantung kepada penggunaan deria dan kemahiran motor yang ada (melihat, mendengar, menyentuh, merasa). Kanak-kanak belajar dengan mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema yang membolehkan mereka meneroka dan memahami dunia persekitarannya. Piaget telah membahagikan tahap sensori motor kepada 6 peringkat dimana berlakunya pertumbuhan bayi yang pesat daripada ‘reflexive’ kepada ‘reflective’.

A. REFLEKS

Bayi yang berada dalam linkungan umur satu bulan (refleks) hanya mampu melakukan gerakan pantulan seperti menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang serta menggerakkan tangan dan kaki.

B. REAKSI ASAS SEKULAR

Bayi yang berumur sebulan hingga 4 bulan (reaksi asas sekular) membentuk tingkah laku mereka melalui pengalaman. Sebagai contoh, bayi yang terdengar sesuatu bunyi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Bayi yang menghisap jari atau kaki akan mengulang tindakan tersebut sekiranya difikirkan tindakan yang baik.

C. REAKSI SEKULAR KEDUA

Bayi yang berumur 4 hingga 8 bulan (reaksi sekular kedua) berupaya membuat tanggapan tentang objek yang berada dalam tangannya dan membezakan objek-objek yang terdapat di persekitarannya. Sebagai contoh, kita boleh perhatikan bayi tertarik dengan objek yang berwarna-warni atau objek yang mengeluarkan bunyi dan cuba mencapainya untuk dipegang atau dimasukkan ke dalam mulut untuk mengetahui dan mengenali objek tersebut.

Pada peringkat awal ini, bayi belum mempunyai deria terhadap pengekalan objek (object permanence), iaitu suatu keadaan di mana objek-objek memang wujud walaupun tidak dapat dilihat oleh bayi. Bayi tidak mengetahui bahawa objek yang hilang daripada penglihatan mereka sebenarnya masih wujud walaupun tidak dapat dilihat oleh deria mata mereka. Sebagai contoh, bayi yang berumur sebelum sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan walaupun bayi telah melihat objek tersebut sebelum ini.

D. REAKSI KOORDINASI

Bayi yang berada dalam lingkungan umur 8 hingga 12 bulan (reaksi koordinasi) mula mengalami perkembangan kognitif dan membentuk kebolehan mental yang asas. Bayi sudah mengetahui sebab dan akibat sesuatu keadaan yang berlaku. Sebagai contoh, apabila bayi menggoncangkan sesuatu alat permainan, alat permainan tersebut akan berbunyi. Pada peringkat ini juga, bayi sudah membentuk deria terhadap pengekalan objek dan akan mencari objek yang tersembunyi ataupun pernah dilihatnya.

E. REAKSI SEKULAR KETIGA

Bayi yang berumur 12 hingga 18 bulan (reaksi sekular ketiga) membentuk skema baharu menggunakan kaedah cuba jaya (eksperimen) dengan menunjukkan tingkah laku yang berlainan. Bayi boleh memikirkan sesuatu dan merancang tindak balasnya dengan memikirkan tentang objek dan dikaitkan dengan peristiwa/pengalaman. Sebagai contoh, bayi akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa. Bayi juga boleh bertindak membaling bola menggunakan tenaga yang berlainan untuk melihat arah dan pergerakan bola tersebut. Peringkat ini membantu bayi untuk memahami konsep sebab dan akibat dan bagaimana tingkah laku mereka boleh mempengaruhi sesuatu peristiwa.

F. PENGGAMBARAN PEMIKIRAN AWAL

Bayi yang berumur 18 bulan hingga 2 tahun (penggambaran pemikiran awal) sudah boleh menggunakan simbol dan bahasa untuk mengolah tentang sesuatu peristiwa atau orang.  Bayi juga menggunakan cara meniru watak di pesekitarannya untuk membentuk bahasa dan bunyi-bunyian yang didengari dari persekitaran digunakan untuk membentuk bahasa awal. Bayi juga menunjukkan kemahiran membuat perwakilan mental, iaitu keupayaan membentuk gambar atau objek dalam minda sendiri walaupun objek sebenar tidak terdapat di sekeliling mereka. Sebagai contoh, bayi menunjukkan tingkah laku berpura-pura menyuap makanan kepada patung ataupun menggunakan pisang sebagai telefon.

2. TAHAP PRAOPERASI (2 HINGGA 7 TAHUN)

Tahap praoperasi merupakan peringkat permulaan pembinaan konsep, iaitu kanak-kanak sudah berupaya mengaitkan perkataan/ lambang dengan benda-benda yang terdapat di persekitarannya. Kanak-kanak membina perwakilan mental secara aktif dan menggunakan simbol-simbol dalam pemikiran mereka yang merupakan pemikiran bukan benar, iaitu prakonsep.

Kanak-kanak mempunyai keupayaan membuat perwakilan mental terhadap benda-benda yang tidak kelihatan di depan matanya. Kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih. Sebagai contoh, kanak-kanak boleh menyebut ‘susu’ yang merujuk kepada permintaan susu, walaupun susu tidak kelihatan. Mereka juga boleh menggunakan simbol untuk mewakili sesuatu benda, contohnya huruf ‘A’ dikaitkan dengan gambar ayam.

Keupayaan pemikiran secara perwakilan dan simbol bermaksud kanak-kanak mempunyai kesediaan untuk berkomunikasi secara verbal. Pembinaan konsep adalah dengan melalui intuisi dengan menggunakan penaakulan primitif.  Piaget menggunakan istilah ‘intuitive’ disebabkan kanak-kanak kelihatan seolah-olah kanak-kanak amat yakin dengan perkara yang mereka tahu walaupun mereka kurang sedar mengenai penggunaan pemikiran rasional. Dengan menggunakan penaakulan primitif, kanak-kanak menganggap dirinya mengetahui jawapan kepada semua perkara. Mereka mempunyai sikap ingin tahu, suka bercakap dan bertanya.

Walaupun kanak-kanak mempamerkan perkembangan kognitif yang nyata melalui fikiran imaginatif, lukisan, contengan dan lakaran yang mewakili objek di persekitaran mereka, namun pemikiran mereka masih dihadkan oleh dua perkara, iaitu animisme dan egosentrisme.

Animisme merupakan ciri yang diperhatikan dalam diri kanak-kanak praoperasi, iaitu kanak-kanak percaya bahawa objek-objek juga bernyawa serta mempunyai ciri-ciri manusia seperti perasaan dan pemikiran. Sebagai contoh, apabila hujan turun, kanak-kanak mengatakan matahari sangat sedih lalu menyembunyikan diri dan menangis.

Komunikasi yang berlaku juga boleh bersifat egosentrik, iaitu kanak-kanak belum dapat membezakan antara pandangan sendiri dengan pandangan orang lain. Kanak-kanak yang egosentrik bercakap mengikut mindanya dengan tidak mempedulikan apa yang disebut oleh orang lain.

Berdasarkan hasil eksperimen Ujian Tiga Bukit (Three-Mountain Test) untuk meneroka unsur egosentrisme, Piaget dan Inhelder (1969) mendapati bahawa sifat pemikiran yang berkaitan dengan egosentrisme ialah centration atau pemusatan, iaitu perhatian difokuskan kepada satu ciri objek/peristiswa, tetapi ciri-ciri lain diabaikan. Sebagai contoh, kanak-kanak berfikir bahawa anak patung dapat melihat objek yang sama seperti apa yang dilihatnya. Hal ini menjelaskan sebab kanak-kanak praoperasi masih belum mempunyai konsep kekekalan isipadu, ruang dan nombor dalam eksperimen yang dilaksanakan oleh Piaget.

3. TAHAP OPERASI KONKRIT (7 HINGGA 11 TAHUN)

Pada tahap ini, pemikiran intuitif yang terbentuk semasa tahap praoperasi adalah digantikan dengan penaakulan logik. Kanak-kanak dapat memanipulasi dan membentuk perwakilan mental secara dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti komputer, perabot dan benda-benda maujud.

Kanak-kanak tidak lagi bersifat egosentrik dan berupaya menerima pandangan orang lain. Namun demikian, penguasaan penaakulan logik adalah terikat kepada pengalaman deria dan motor yang bersifat konkrit sahaja. Sekiranya kanak-kanak dipersembahkan dalam bentuk abstrak, kanak-kanak masih akan mengalami kekeliruan.

Kanak-kanak pada tahap ini memiliki pemikiran decentered ialah keupayaan memahami bahawa persepsi orang lain adalah berlainan dengan mereka dan berupaya memberi perhatian kepada semua aspek, iaitu tidak hanya terhad kepada satu aspek sahaja (centration). Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat memberi tumpuan kepada sesuatu masalah dengan mengambil kira lebih dari dua ciri secara serentak dalam masalah tersebut, iaitu ketinggian dan isi padu.

Kanak-kanak didapati berupaya untuk menguasai konsep keabadian berdasarkan eksperimen Piaget (1970) yang mengkaji kekekalan isipadu cecair, pepejal, nombor dan ruang. Berdasarkan eksperimen menuangkan kuantiti air yang sama ke dalam bentuk cawan yang mempunyai ukuran yang berlainan, kanak-kanak didapati berupaya menyimpulkan bahawa kuantiti air tidak berubah walaupun bentuk cawan berubah.

Kajian Piaget turut mendapati kanak-kanak peringkat operasi konkrit sudah berupaya menguasai konsep kebalikan (reversibility). Hasil kajian Piaget turut mendapati kanak-kanak menyatakan bahawa isipadu yang dituang balik ke cawan asal tetap mempunyai aras ketinggian yang sama.

4. TAHAP OPERASI FORMAL (11 TAHUN HINGGA ZAMAN REMAJA)

Tahap operasi formal bermula dari umur 11 atau 12 tahun sehingga zaman remaja. Satu ciri utama yang menandakan remaja sudah mencapai peringkat perkembangan operasi formal ialah keupayan mereka untuk berfikir secara saintifik, menaakul secara abstrak, bersifat idealistik dan logikal serta menunjukkan minat terhadap isu-isu sosial dan identiti diri.

Remaja boleh menggunakan simbol-simbol abstrak seperti  untuk mewakili sesuatu nombor ketika mempelajari topik algebra dan kalkulus. Remaja juga mempunyai kebolehan untuk menaakul secara hipotetik-deduktif, iaitu keupayaan membentuk hipotesis dan menguji kesahihan hipotesis yang terbentuk atau bertujuan untuk membuktikan teori dan hukum matematik.

Remaja dapat membuat pemikiran metakognitif, sentiasa menganalisis pemikiran sendiri, membuat penilaian dan mencari ketidakseragaman dalam prinsip-prinsip tertentu. Mereka boleh membuat analogi dan metafora mengenai karya-karya sastera atau kata-kata hikmah.

Pada tahap ini, remaja juga sering memikirkan mengenai masa depan dan cuba menentukan sesuatu yang terbaik. Perasaan tentang sesuatu idea adalah amat kuat sehingga membawa kepada kekeliruan, dimana remaja tidak dapat membezakan antara pemikiran sendiri dengan pemikiran orang lain. Kekeliruan ini adalah dikenali sebagai egosentrisme dewasa.

The post Teori Perkembangan Kognitif Piaget first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Teori Perkembangan Moral Kohlberg https://www.teacherheng.com/teori-perkembangan-moral-kohlberg Sat, 27 Jan 2024 09:22:48 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1492 Lawrence Kohlberg (1969) merupakan pakar psikologi daripada Universiti Harvard dan mengembangkan teori beliau daripada Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Kohlberg berpendapat bahawa tahap-tahap perkembangan kajian Piaget adalah terbatas kepada usia dan tidak mengkaji perkembangan kecerdasan kanak-kanak. Berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kohlberg (1987), terdapat tiga peringkat utama perkembangan moral, iaitu prakonvensional, konvensional, dan prekonvensional. Setiap peringkat mengandungi […]

The post Teori Perkembangan Moral Kohlberg first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Lawrence Kohlberg (1969) merupakan pakar psikologi daripada Universiti Harvard dan mengembangkan teori beliau daripada Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Kohlberg berpendapat bahawa tahap-tahap perkembangan kajian Piaget adalah terbatas kepada usia dan tidak mengkaji perkembangan kecerdasan kanak-kanak.

Berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kohlberg (1987), terdapat tiga peringkat utama perkembangan moral, iaitu prakonvensional, konvensional, dan prekonvensional. Setiap peringkat mengandungi dua tahap perkembangan moral.

1. Peringkat Prakonvensional

    • Tahap Dendaan dan Kepatuhan (Punishment and Obedience)
    • Tahap Ganjaran Peribadi (Instrumental Relativist

2. Peringkat Konvensional

    • Tahap Harmoni antara Peribadi (Good Boy – Nice Girl)
    • Tahap Undang-Undang dan Peraturan (Social Order Maintenance)

3. Peringkat Poskonvensional

    • Tahap Kontrak Sosial (Social Contract)
    • Tahap Prinsip Etika Sejagat (Universal Ethical Principle)

1. PERINGKAT PRAKONVESIONAL

Kohlberg berpendapat perkembangan moral adalah bergantung kepada faktor-faktor luaran. Pada peringkat ini, tingkah laku individu dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Individu masih belum memahami tentang peraturan dan tanggapan masyarakat terhadap kelakuan

A. Tahap Dendaan dan Kepatuhan

Pada tahap pertama, jangkaan individu boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun dimana penilaian mereka bergantung kepada kesan fizikal yang akan dikenakan terhadap mereka. Maka, moraliti individu terbentuk berasaskan kepada prinsip hedonism, iaitu mengelak daripada kesakitan atau dendaan.

Kepatuhan kanak-kanak terhadap satu set peraturan yang ditetapkan ataupun kepatuhan kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan daripada dikenakan hukuman atau dendaan sahaja. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Kanak-kanak juga masih tidak dapat membezakan perkara yang betul atau salah.

B. Tahap Ganjaran Peribadi

Tahap kedua dalam peringkat prekonvensional menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara dinilai sebagai baik atau buruk berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas diri mereka. Tahap ini juga dikenali sebagai utilitarian hedonism, iaitu seseorang menilai untuk melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran atau balasan yang baik.

Motif utama seseorang adalah untuk memuaskan keperluan diri sendiri dan tidak mempedulikan keperluan orang lain. Hal ini bermaksud perkara yang dapat memuaskan hati, menggembirakan atau memberi keselesaan terhadap diri mereka adalah dinilai sebagai tindakan yang baik, manakala perkara yang memberikan kesan negatif terhadap diri mereka adalah dinilai sebagai tindakan yang buruk.

Pada tahap ini, prinsip keadilan yang terbentuk dalam diri kanak-kanak ialah sekiranya sesuatu perkara berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, tindakan individu A mencubit individu B, maka untuk bertindak secara adil, individu B dibenarkan untuk mencubit individu A.

2. PERINGKAT KONVESIONAL

Berdasarkan peringkat konvensional dalam Teori Perkembangan Moral Kohlberg, individu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru dan komuniti. Individu berupaya menerima standard atau norma-norma masyarakat tanpa banyak tentangan.

C. Tahap Harmoni antara Peribadi

Pada peringkat ini, orientasi moraliti telah berubah kepada social order dan social role taking perspective, iaitu individu cuba membayangkan perasaan orang lain sekiranya individu mengalami kejadian yang sama seperti tayar keretanya dibocorkan. Kanak-kanak juga mula bersifat empati terhadap perasaan orang lain.

Moraliti seseorang yang berada pada tahap ini dikatakan sudah boleh menerima norma masyarakat. Sesuatu tindakan yang dilakukan akan dinilai sebagai baik atau buruk berdasarkan sokongan atau persetujuan orang lain. Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sebagai tindakan yang baik.

Perlakuan yang baik ditafsirkan sebagai disukai oleh orang lain dan mereka akan berkelakuan baik untuk mendapat ganjaran atau pujian daripada orang lain. Sebagai contoh, gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya.

D. Tahap Undang-Undang dan Peraturan

Individu biasanya merujuk kepada norma-norma masyarakat, peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Orientasi undang-undang dan peraturan merujuk kepada kesanggupan melakukan sesuatu tanggungjawab dalam masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang telah sedia ada.

Perlakuan yang baik pada peringkat ini ialah perlakuan yang boleh membawa kepada ketenteraman dan keharmonian kelompok. Individu pada peringkat ini mempunyai tanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan undang-undang dan peraturan dalam sesebuah masyarakat bagi mengelakkan berlakunya keadaan huru-hara dan perpecahan dalam sistem tersebut.

3. PERINGKAT POSKONVESIONAL

Berdasarkan peringkat konvensional dalam Teori Perkembangan Moral Kohlberg, individu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru dan komuniti. Individu berupaya menerima standard atau norma-norma masyarakat tanpa banyak tentangan.

E. Orientasi Kontrak Sosial

Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Pemikiran moral pada tahap ini lebih menitikberatkan usaha-usaha mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai seperti nilai kesaksamaan dan sebarang kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dalam masyarakat.

Peraturan dan undang-undang yang digubal adalah hasil persetujuan orang ramai dan boleh membawa kebaikan kepada masyarakat. Mereka juga mengakui bahawa peraturan yang digubal adalah bersifat fleksibel dan boleh diubah sekiranya bertentangan dengan norma masyarakat atau apabila tidak diperlukan lagi bagi menjamin kesejahteraan manusia.

F. Orientasi Prinsip Etika Sejagat

Peringkat ini merupakan peringkat yang tertinggi dalam pemikiran moral seseorang kerana melibatkan soal falsafah moral. Pegangan moral yang dianggap betul adalah ditentukan berdasarkan satu prinsip pilihan sendiri yang sesuai untuk semua manusia sejagat tanpa mengira masa dan keadaan. Prinsip yang diterima pada peringkat ini bukan semata-mata berdasarkan penerimaan sosial sahaja, tetapi adalah prinsip-prinsip yang perlu ada dalam masyarakat seperti prinsip keadilan, persamaan hak dan menghormati maruah individu.

Individu pada peringkat ini menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan.

Apabila sesuatu undang-undang itu dilanggar, seseorang itu akan bertindak mengikut prinsip tersebut dan mereka juga sanggup menerima hukuman secara rela terhadap kesalahan yang dilakukan kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan. Oleh itu, adalah menjadi kesalahan yang besar sekiranya menggunakan manusia untuk mencapai matlamat yang tidak adil, sebaliknya setiap manusia mesti dihormati dalam segala aspek.

The post Teori Perkembangan Moral Kohlberg first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Teori Perkembangan Moral Piaget https://www.teacherheng.com/teori-perkembangan-moral Sun, 21 Jan 2024 09:47:08 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1420 Jean Piaget yang terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif turut mengkaji mengenai penaakulan moral kanak-kanak. Dalam buku beliau, ‘The Moral Judgement of the Child’, Piaget menyatakan bahawa semua tingkah laku moral terkandung dalam satu sistem peraturan. Oleh itu, Piaget menganggap tindakan moral dikaitkan dengan keadilan dan saksama. Teori Perkembangan Moral yang diperkenalkan oleh Jean Piaget adalah […]

The post Teori Perkembangan Moral Piaget first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Jean Piaget yang terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif turut mengkaji mengenai penaakulan moral kanak-kanak. Dalam buku beliau, ‘The Moral Judgement of the Child’, Piaget menyatakan bahawa semua tingkah laku moral terkandung dalam satu sistem peraturan. Oleh itu, Piaget menganggap tindakan moral dikaitkan dengan keadilan dan saksama.

Teori Perkembangan Moral yang diperkenalkan oleh Jean Piaget adalah berdasarkan pemerhatian semula jadi terhadap kanak-kanak. Beliau memerhatikan bahawa kanak-kanak yang lebih muda menganggap peraturan permainan tidak boleh diubah kerana telah ditentukan oleh orang yang berautoriti. Namun begitu, selepas umur lapan tahun, kanak-kanak faham bahawa peraturan boleh diubah sekiranya terdapat persetujuan untuk mengubahnya.

Berdasarkan pemerhatian, Piaget membahagikan penaakulan moral kepada dua peringkat, iaitu moraliti luaran dan moraliti dalaman.

  • Tahap Pertama: Moraliti Luaran (Heteronomous Morality atau Moral Realism)
  • Tahap Kedua: Moraliti Dalaman (Autonomous Morality atau Moral Relativism)

1. MORALITI LUARAN

Pada tahap pertama Teori Perkembangan Moral Piaget, kanak-kanak mempercayai peraturan datang daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai autoriti lain. Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah. Pada tahap ini, kanak-kanak hanya dapat melihat sesuatu peraturan dari satu pandangan sahaja.

  • Bermain mengikut peraturan
  • Semua mesti mengikut peraturan yang sama
  • Peraturan ditetapkan oleh orang berkuasa, autoriti yang tidak boleh dipersoalkan
  • Menurut perintah adalah kanak-kanak yang baik, manakala tidak menurut perintah dianggap tidak baik
  • Baik disamakan dengan menurut perintah dan akur kepada peraturan

Kanak-kanak akan menilai sesuatu tindakan melalui akibat yang akan berlaku. Sebagai contoh, kanak-kanak mengemaskan barang mainan disebabkan takut dimarahi ibu bapa. Mereka sukar mengubah sesuatu peraturan dan mementingkan akibat yang akan diterima daripada sesuatu perbuatan.

2. MORALITI DALAMAN

Pada tahap kedua Teori Perkembangan Moral Piaget, kanak-kanak sudah mula kurang egosentrik dan peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah. Kanak-kanak mula menyedari bahawa peraturan dan undang-undang adalah dicipta oleh manusia dan bukannya sesuatu yang mutlak, maka kanak-kanak mula menilai sesuatu perlakuan moral berdasarkan niat, perasaan, keadilan dan akibat.

  • Peraturan boleh berubah jika semua pihak bersetuju untuk membuat demikian
  • Peraturan direka oleh manusia, sama seperti sifat dirinya
  • Memahami bahawa individu boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah dengan menukar atau mengubah peraturan yang ditetapkan
  • Penaakulan moral bersarkan tujuan dalaman di sebalik tindakan.

Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral mereka. Salah satu faktor adalah berkaitan dengan pemikiran egosentrik kanak-kanak yang hanya dapat fokus kepada satu isu atau perkara sahaja pada sesuatu masa.

Melalui peredaran masa, kanak-kanak mampu melihat dunia daripada sudut orang lain, mereka bersedia mendengar dan menerima padangan orang lain. Perubahan ini berlaku apabila kanak-kanak berkembang dan pemikirannya menjadi matang. Hal ini menyebabkan berlakunya transisi, iaitu beralih daripada peringkat moraliti luaran kepada moraliti dalaman.

The post Teori Perkembangan Moral Piaget first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Teori Perapatan Ainsworth https://www.teacherheng.com/teori-perapatan-ainsworth Sun, 21 Jan 2024 09:31:28 +0000 https://www.teacherheng.com/?p=1409 Teori Perapatan yang diperkenalkan oleh Mary Ainsworth merupakan pendekatan untuk memahami peringkat awal perkembangan sosial kanak-kanak. Bayi memerlukan sekurang-kurangnya seorang penjaga utama semasa proses pembesaran mereka bagi membolehkan perkembangan sosial dan emosi mereka berkembang secara normal. Kanak-kanak akan menjadi rapat dengan pengasuh atau penjaga yang konsisten dan sensitif semasa berinteraksi dengan mereka. Kualiti hubungan sosial […]

The post Teori Perapatan Ainsworth first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Teori Perapatan yang diperkenalkan oleh Mary Ainsworth merupakan pendekatan untuk memahami peringkat awal perkembangan sosial kanak-kanak. Bayi memerlukan sekurang-kurangnya seorang penjaga utama semasa proses pembesaran mereka bagi membolehkan perkembangan sosial dan emosi mereka berkembang secara normal. Kanak-kanak akan menjadi rapat dengan pengasuh atau penjaga yang konsisten dan sensitif semasa berinteraksi dengan mereka. Kualiti hubungan sosial yang terjalin antara penjaga dengan kanak-kanak lebih penting berbanding dengan kuantiti masa yang dihabiskan bersama kanak-kanak.

1. FASA PERTAMA (MINGGU PERTAMA HINGGA KE-8)

Fasa pertama Teori Perapatan Ainsworth berlaku dari minggu pertama kelahiran hingga minggu kelapan. Bayi yang baru dilahirkan mempunyai tiga jenis emosi, iaitu takut, sayang atau marah. Cara bayi menggambarkan emosi boleh dilihat melalui tingkah laku yang ditunjukkan, sama ada bayi akan tersenyum, merengek atau menangis untuk mendapatkan perhatian.

Sebagai contoh, bayi akan menangis sekiranya berasa tidak selesa kerana lampin basah, lapar atau terlalu sejuk dan panas. Tangisan bayi akan menyebabkan tindakan segera perlu diambil oleh ibu bapa mahupun pengasuhnya bagi memastikan bayi berada dalam keadaan yang paling selesa. Gambaran emosi bayi tadi dapat membangunkan perasaan sayang dan saling memerlukan demi membina hubungan yang rapat.

2. FASA KEDUA (2 BULAN HINGGA 6 BULAN)

Berdasarkan fasa kedua dalam Teori Perapatan Ainsworth, bayi boleh membezakan antara orang yang dikenali dengan orang asing serta bayi menjadi lebih responsif terhadap pengasuh. Bayi mulai dapat membezakan antara ibu bapa atau pengasuh dengan orang luar yang jarang berinteraksi dengan mereka.

Bayi akan lebih menunjukkan sifat kepercayaan dan rapat dengan orang yang menjaganya dengan baik. Sekiranya orang yang tidak dikenali cuba mendekatinya, bayi akan menunjukkan reaksi seperti tidak mahu didukung oleh orang lain atau akan menangis.

Selain itu, bayi juga akan menunjukkan sifat mesra dan rapat terhadap ibu bapa atau pengasuh dengan mempamerkan tingkah laku seperti memberikan senyuman dan ketawa. Jika ibu bapa atau pengasuh memberi respons terhadap senyuman dan ketawa bayi, maka akan berlakunya pengukuhan positif yang akan menyebabkan bayi berasa lebih selamat dan percaya terhadap mereka.

3. FASA KETIGA (6 BULAN HINGGA 2 TAHUN)

Perkembangan sosial kanak-kanak adalah lebih ketara semasa kanak-kanak berada dalam fasa ketiga Teori Perapatan Ainsworth. Perasaan dan hubungan erat yang terjalin antara bayi dengan penjaga akan membuatkan bayi akan berasa lebih selamat dan memberikan impak positif semasa bayi membesar menjadi kanak-kanak.

Penjaga yang tidak berada bersama dengan kanak-kanak atau tidak memberikan respons akan memberikan kesan negatif, iaitu tingkah laku perapatan tidak jelas kelihatan dalam tingkah laku kanak-kanak. Perasaan takut, sakit dan kelihatan juga akan menyebabkan tingkah laku perapatan menjadi ketara.

Sebagai contoh, bayi yang berusia dua tahun berkemungkinan menunjukkan tanda-tanda cemburu apabila ibu bapanya melayani kanak-kanak lain. Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak adalah rapat dengan ibu bapa mereka dan berasa mereka sentiasa menjadi perhatian. Oleh itu, apabila perhatian atau kasih sayang ibu bapa dikongsi dengan kanak-kanak lain, maka dia akan berasa tergugat.

Terdapat juga kanak-kanak peringkat usia dua tahun hingga empat yang menunjukkan reaksi cemburu kepada kelahiran adiknya kerana ibu bapa atau pengasuh memberikan lebih perhatian dan tumpuan terhadap adik baharu.

Mary Ainsworth turut melakukan kajian mengenai teori perapatan antara bayi dengan ibunya dengan meletakkan bayi dalam sebuah bilik yang dipenuhi alat permainan. Bayi dibiarkan untuk bermain dengan ditemani ibunya. Seorang wanita yang tidak dikenali masuk ke dalam bilik tersebut dan duduk berhampiran dengan bayi sambil melayannya bermain. Beliau mendapati bahawa bayi memberikan respons yang baik terhadap wanita tersebut. Bayi tetap leka bermain apabila ibu dan wanita yang tidak dikenali meninggalkan bilik tersebut. Ibu bayi kemudiannya memasuki bilik dan bayi menunjukkan wajah muka yang gembira apabila melihat ibunya. Bayi mula menangis apbila ibu meninggalkan bilik pada kali yang kedua. Namun, apabila wanita asing memasuki semula bilik lalu mendukung, memeluk dan memujuk bayi tersebut, bayi berhenti menangis dan teruskan bermain. Situasi yang dikaji oleh Ainsworth menunjukkan bahawa perasaan bayi terganggu apabila ditinggalkan ibu dan berasa tidak selamat apabila berada dengan orang yang tidak dikenalinya.

Kanak-kanak yang mendapat layanan dan hubungan sosial yang positif akan membesar sebagai individu yang memiliki konsep kendiri yang positif dan mereka juga mengharapkan reaksi positif daripada orang lain. Sebaliknya, kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian atau mengalami penderaan sema kecil akan terdorong untuk bertingkah laku agresif dan menarik diri jika berlaku pertengkaran atau pergaduhan.

The post Teori Perapatan Ainsworth first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Teori Perkembangan Psikososial Erikson https://www.teacherheng.com/teori-perkembangan-psikososial-erikson Sat, 20 Jan 2024 14:34:45 +0000 https://teacherheng.com/?p=1371 Teori Perkembangan Psikososial yang diperkenalkan oleh Erik Erikson (1968) menjelaskan perkembangan personaliti yang berlaku sepanjang kehidupan manusia. Peringkat perkembangan manusia adalah terbahagi kepada lapan tahap. Pada setiap tahap, terdapat krisis yang perlu diatasi oleh seseorang kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Sekiranya dia gagal mengatasi krisis pada tahap tersebut, dia akan terus gagal pada tahap-tahap berikutnya. […]

The post Teori Perkembangan Psikososial Erikson first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Teori Perkembangan Psikososial yang diperkenalkan oleh Erik Erikson (1968) menjelaskan perkembangan personaliti yang berlaku sepanjang kehidupan manusia. Peringkat perkembangan manusia adalah terbahagi kepada lapan tahap. Pada setiap tahap, terdapat krisis yang perlu diatasi oleh seseorang kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Sekiranya dia gagal mengatasi krisis pada tahap tersebut, dia akan terus gagal pada tahap-tahap berikutnya.

1. KEPERCAYAAN LAWAN KECURIGAAN (0 HINGGA 18 BULAN)

Tahap pertama dalam Teori Perkembangan Psikosial Erikson ialah kepercayaan lawan kecurigaan (Trust versus Mistrust). Personaliti seseorang individu mula terbentuk daripada peringkat umur bayi. Perasaan percaya kepada persekitaran dan orang-orang yang hampir dengan bayi akan wujud sekiranya bayi memperoleh penjagaan yang baik daripada ibu bapa ataupun pengasuh mereka. Bayi akan berasa tenang dan merasakan persekitaran sosialnya lebih selamat apabila ibu bapa memberikan kasih sayang dan perhatian yang tekal kepada mereka. Mereka akan mempercayai bahawa orang-orang di sekitarnya boleh dipercayai dan penyayang, serta merasakan persekitaran sosialnya lebih selamat.

Namun begitu, sekiranya bayi tidak memperoleh kasih sayang dan perhatian yang tekal, maka akan timbulnya perasaan curiga dan tidak mempercayai orang-orang di sekitarnya. Justeru, bayi akan menghadapi masalah dengan kaedaan emosi kerana mereka akn berasa ibu bapa tidak melengkapkan keperluan ini. Peringkat ini adalah selaras dengan Teori Perapatan Ainsworth, iaitu bayi memerlukan sekurang-kurangnya seorang penjaga utama semasa proses pembesaran mereka bagi membolehkan perkembangan psikososial berlaku secara normal melalui kemesraan fizikal (Rozita Wahab, 2014).

Sebagai contoh, ibu bapa atau pengasuh perlu peka dengan keperluan bayi apabila terdengar tangisan mereka, sama ada bayi berasa lapar, tidak selesa, dan berasa terlalu sejuk atau panas. Apabila ibu bapa atau pengasuh memberikan perhatian kepada bayi dengan menyuapkan makanan, membancuh susu, atau menukarkan lampin yang basah dan kotor, tindakan sebegini akan menimbulkan sikap kepercayaan bayi terhadap orang yang rapat di sekeliling mereka.

Jika ibu bapa terus meluru datang kepada bayi selepas sahaja terdengar bayi merengek, mungkin berlaku keadaan yang menggalakkan terbinanya dalam diri bayi kecenderungan maladaptive atau tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kanak-kanak yang terbentuk sebegini akan menjadi terlalu mempercayai (overly trusting) orang-orang di sekelilingnya. Sekiranya ibu bapa dapat menunjukkan asuhan yang seimbang, tekal dan stabil, dia akan dapat menanam perasaan bersangka baik (virtue hope) dalam jiwa anaknya.

2. AUTONOMI LAWAN KERAGUAN (18 BULAN HINGGA 3 TAHUN)

Tahap kedua dalam Teori Perkembangan Psikosial Erikson ialah autonomi lawan keraguan (Autonomy versus Shame and Doubt). Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Kanak-kanak membina kemahiran fizikal dengan mencuba untuk makan, memakai pakaian dan pergi ke tandas dengan sendiri. Jika ibu bapa atau pengasuh kanak-kanak pada peringkat umur ini memberikan autonomi kepada kanak-kanak untuk meneroka persekitaran dan memanipulasi objek atau orang yang berada di persekitaran mereka, kanak-kanak tersebut akan dapat mengembang perasaan autonomi dan memupuk nilai berdikari.

Sekiranya orang-orang di sekitarnya tidak berinteraksi dan tidak memberi sokongan dengan baik, kanak-kanak tersebut berkemungkinan akan bersifat pemalu dan ragu-ragu. Sebagai contoh, ibu bapa atau pengasuh perlu memberikan motivasi dan galakan kepada kanak-kanak apabila cuba ingin melakukan sesuatu dengan sendiri dan bukannya terus mengambilkan sudu dan menyuapkan makanan untuk mereka. Ibu bapa perlu menggalakkan kanak-kanak supaya berdikari melakukan sesuatu tanpa mengenakan hukuman atau denda sekiranya dilakukan dengan cara yang salah.

Kawalan yang ketat seperti mengenakan hukuman sekiranya kanak-kanak melakukan kesalahan akan menimbulkan perasaan malu, ragu-ragu dan tidak berminat untuk meneroka situasi baharu yang lebih mencabar. Kanak-kanak perlu diberikan autonomi mencuba sesuatu supaya mereka lebih berdikari dan yakin dalam membuat sesuatu, tetapi pada masa yang sama, kanak-kanak perlu dimaklumkan bahawa mereka boleh meminta bantuan ibu bapa atau pengasuh sekiranya memerlukannya. Sekiranya ibu bapa dapat mengimbangkan antara perasaan autonomi dengan perasaan malu, kanak-kanak tersebut akan dapat mengembangkan willpower atau keazaman yang kental untuk berjaya.

3. INISIATIF LAWAN RASA BERSALAH (3 HINGGA 6 TAHUN)

Tahap ketiga dalam Teori Perkembangan Psikosial Erikson ialah inisiatif lawan rasa bersalah (Initiative versus Guilt). Kanak-kanak dalam lingkungan umur 3 tahun hingga 6 tahun ini mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam terhadap sesuatu perkara dan ingin melakukan sesuatu perkara tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kanak-kanak pada tahap ini lebih terdedah kepada pelbagai cabaran kerana mereka mula berinteraksi dan terdedah kepada persekitarannya.

Kanak-kanak pada tahap ini bersikap ringan tulang untuk melakukan kerja-kerja yang tidak setimpal dengan usia mereka. Misalnya, kanak-kanak perempuan akan cuba membantu ibunya mencuci pinggan mangkuk, menyapu sampah, membasuh, menjemur pakaian dan sebagainya. Hal ini demikian kerana perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak pada tahap ini semakin bertambah. Perasaan untuk menjadi lebih matang mula ditonjolkan kerana mereka menganggap kedua-dua ibu bapa sebagai idola.

Menurut Irwan Mahazir Ismail et al. (2017), orang dewasa berperanan untuk memantau kanak-kanak ketika melakukan aktiviti dan kanak-kanak akan lebih teruja sekiranya diberikan ganjaran pada setiap pencapaian yang diperolehi. Namun, ibu bapa yang sering mengkritik dan mengenakan hukuman akan menyebabkan penurunan minat kanak-kanak untuk mencuba dan berinisiatif melakukan sesuatu kerana timbulnya perasaan bersalah dan berkemungkinan mengasingkan diri daripada orang lain. Sebagai contoh, kanak-kanak berinisiatif membantu ibu bapa mencuci pinggan tetapi tidak tersengaja memecahkan pinggan dan menyebabkan ibu bapa atau pengasuh memarahi mereka. Situasi sebegini akan menyebabkan kanak-kanak berasa bersalah dan inisiatif dalam melakukan sesuatu aktiviti akan semakin menurun.

Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut lebih suka mengasingkan diri daripada orang lain dan akan menimbulkan masalah apabila kanak-kanak tersebut mula memasuki alam persekolahan. Sekiranya ibu bapa dapat mengimbangkan antara memberi dorongan untuk melakukan perkara yang baik atau betul dan melarang melakukan perkara tidak baik, kanak-kanak akan dapat mengembangkan perasaan bermakna (strength of purpose).

4. INDUSTRI LAWAN RASA RENDAH DIRI (6 HINGGA 12 TAHUN)

Tahap keempat dalam Teori Perkembangan Psikosial Erikson ialah industri lawan rasa rendah diri (Industry versus Inferiority). Tanggungjawab kanak-kanak pada peringkat ini adalah mengembangkan perasaan industry atau rajin dan mengelak daripada berasa rendah diri (inferiority). Pada tahap ini, kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, iaitu berada di sekolah rendah. Guru dan rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak tersebut kerana sebahagian besar masa kanak-kanak dihabiskan di sekolah untuk bermain dan belajar.

Menurut Wong et al. (2013), pemikiran kanak-kanak mulai mencapai operasi konkrit dan berupaya membuat transformasi dan perhubungan antara dua situasi yang berkaitan dan mula berfikiran logik. Sekiranya kanak-kanak pada tahap ini diberikan sesuatu tugasan, mereka akan melakukannya dengan penuh minat dan tekun. Pihak guru dan ibu bapa harus sentiasa memberi dorongan dan pujian, serta mengurangkan kritikan terhadap kanak-kanak bagi mengelakkan wujudnya perasaan rendah diri pada kanak-kanak tersebut.

Hasil kerja dan tugasan kanak-kanak yang tidak dihargai akan mengurangkan keyakinan diri dan menimbulkan perasaan rendah diri, serta kanak-kanak akan beranggapan bahawa ibu bapa dan guru tidak dapat menerima segala kekurangan yang terdapat pada diri mereka. Sebagai contoh, murid yang lemah berusaha menyelesaikan operasi matematik, tetapi guru langsung tidak mengendahkan karenah murid tersebut dan hanya memfokuskan pengajaran terhadap murid yang pandai. Situasi sebegini akan melahirkan personaliti yang negatif, iaitu perasaan rendah diri, tidak berminat dalam pembelajaran, dan sikap mengasingkan diri.

Murid akan bersifat pasif dalam pembelajaran dan secara tidak langsung minat mereka terhadap pembelajaran akan menurun. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, guru boleh memberikan pujian dan dorongan kepada murid sebagai peneguhan positif untuk terus berusaha agar mengecapi kejayaan. Jika ibu bapa dapat mengimbkan antara memupuk kerajinan dengan mengurangkan rasa rendah diri dalam kalangan anak-anak, mereka akan lebih bersedia untuk bersaing dan menerima cabaran yang dihadapi.

5. IDENTITI LAWAN KEKELIRUAN IDENTITI (12 HINGGA 20 TAHUN)

Tahap kelima dalam Teori Perkembangan Psikosial Erikson ialah identiti lawan kekeliruan identiti (Identity versus Confusion). Tahap ini melibatkan remaja awal dan remaja akhir. Tugas remaja pada peringkat ini adalah untu kmendapatkan perasaan ego identity dan mengelak kekeliruan identiti. Ego Identity bermakna mengetahui siapa diri mereka sendiri dan bagaimana cara menyesuaikan diri dalam masyarakat mereka.

Pada peringkat ini, remaja akan cuba mewujudkan identiti diri remaja dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka, serta mulai membentuk konsep kendiri (Nur Najwa Solehah Hasan Ashaari et al., 2019). Sekiranya remaja mengalami konflik dengan ibu bapa, maka mereka tidak dapat melihat ibu bapa sebagai suri teladan dan menyebabkan mereka mengalami krisis kekeliruan identiti. Remaja akan berusaha untuk menyelesaikan krisis identiti ini dengan menguji pelbagai peranan.

Usaha remaja mencari identiti mungkin bertambah sukar dengan terdapatnya pelbagai pilihan. Menurut Nur Najwa Solehah Hasan Ashaari et al. (2019), pergaulan antara remaja dengan rakan sebaya akan mempengaruhi personaliti yang terbentuk kerana remaja yang memilih untuk bergaul secara bebas dengan rakan yang negatif akan berkecenderungan menjadi seorang yang negatif. Remaja bebas untuk bergaul sekiranya tiada pengawasan daripada ibu bapa, guru mahupun pihak masyarakat.

Pihak ibu bapa, saudara-mara, guru dan masyarakat setempat memainkan peranan yang penting dalam membentuk personaliti dan insaniah yang positif kerana peringkat ini merupakan peringkat terpenting dalam perkembangan personaliti seseorang individu. Oleh itu, mereka memerlukan seseorang untuk dijadikan sebagai suri teladan (role model). Sekiranya usaha ini gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka dalam Masyarakat. Erikson mencadangkan supaya ibu bapa menggariskan upacara rites of passage atau upacara simbolik bagi menandakan seseorang kanak-kanak telah menjadi remaja.

6. KERAPATAN LAWAN PENGASINGAN DIRI (20 HINGGA 40 TAHUN)

Tahap keenam dalam Teori Perkembangan Psikosial Erikson ialah kerapatan lawan pengasingan diri (Intimacy versus Isolation). Peringkat ini memaparkan cara-cara lelaki dan perempuan cuba membentuk hubungan melalui pencarian pasangan hidup, bercinta, dan berkahwin. Menurut Erikson, individu mula membentuk hubungan yang akrab dan rapat terutama dengan rakan yang berlainan jantina. Mereka mula memikirkan soal teman hidup, percintaaan hinggalah membawa kepada dunia perkahwinan.

Menurut Sun dan Sun (2021), seseorang individu perlu berkemahiran untuk berkomunikasi dan bersosial dengan jantina yang berlainan supaya dapat mencari pasangan yang bersesuaian. Personaliti manusia yang positif akan terbentuk, iaitu komited dan bertanggungjawab dalam mengekalkan hubungan yang terjalin antara suatu pasangan. Namun, sekiranya krisis ini tidak diatasi, individu tersebut berkemungkinan membentuk perasaan kesunyian, pengasingan kendiri, dan membentuk perhubungan seksual yang negatif (chaotic sexual relations) (Hang, 2020).

Sebagai contoh, individu akan berasa cemburu dengan rakan sebaya mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan baru melahirkan anak. Sikap negatif seperti perasaan cemburu berkemungkinan akan berubah menjadi kemurungan ataupun bertindak di luar daripada lokus kawalan mereka. Oleh itu, konflik yang perlu diatasi pada peringkat ini ialah golongan muda atau individu perlu berusaha mencari pasangan yang sesuai supaya dapat memberi komitmen sepenuhnya bagi mengelakkan terbentuknya personaliti yang negatif dalam diri mereka.

Mereka yang berjaya dalam krisis pada tahap ini akan memperolehi kekuatan psikososial yang dinamakan kasih sayang (love), bukan sahaja antara suami dengan isteri, tetapi juga kemesraan antara majikan dengan pekerja atau kemesraan dengan rakan.

7. GENERATIVITI LAWAN KERAGUAN KENDIRI (40 HINGGA 65 TAHUN)

Peringkat ketujuh dalam Teori Perkembangan Psikososial ialah generativiti lawan keraguan kendiri (Generativity versus Stagnation). Menurut Cherry (2021), peringkat ini berlaku semasa pertengahan dewasa dan perkara utama yang memberikan pengaruh kepada peringkat ini ialah perkahwinan, pekerjaan yang berjaya, dan pencapaian anak-anak yang membanggakan. Individu yang berjaya dalam peringkat ini akan berasa berpuas hati dan mempunyai tahap generativiti yang tinggi sekiranya menjalankan tugas, tanggungjawab dan memberi sumbangan kepada generasi masa hadapan, masyarakat dan negara.

Sebagai contoh, individu yang mempunyai tahap generativiti yang tinggi akan membentuk hubungan kekeluargaan yang baik dengan ahli keluarga, memberi sumbangan dan memberi tunjuk ajar kepada orang lain. Namun, keraguan kendiri akan berlaku sekiranya seseorang individu mementingkan diri sendiri dan tidak mahu melibatkan diri dengan orang lain, tidak mengambil minat terhadap sesuatu perkara yang berlaku serta tidak mahu mempertingkatkan diri sendiri.

Personaliti individu yang mementingkan diri sendiri dan tidak menyumbang kepada masyarakat akan berasa kecewa, mengalami perasaan tidak tenteram serta jiwa mereka mudah berasa kosong. Oleh itu, seseorang individu perlulah mengambil peluang untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan membuat kerja amal agar tidak mengalami kekosongan dan kekecewaaan.

8. KESEPADUAN LAWAN PUTUS ASA (65 TAHUN KE ATAS).

Peringkat terakhir dalam Teori Perkembangan Psikososial ialah peringkat kesepaduan lawan putus asa (Integrity versus Despair). Individu pada peringkat ini akan membuat refleksi terhadap kualiti kehidupan kendiri. Refleksi tentang kehidupan seperti kegagalan, kekecewaan dan kejayaan seseorang akan menyebabkan individu mempunyai perspektif diri sendiri yang jelas. Sebagai contoh, seseorang individu dalam peringkat ini akan bertanyakan soalan kepada diri sendiri mengenai apakah sumbangan atau perkara yang membanggakannya sepanjang tempoh kehidupannya.

Sekiranya individu tersebut berjaya mengatasi konflik-konflik pada tahap yang sebelumnya, individu itu akan membentuk rasa kesepaduan dalam dirinya. Sekiranya kehidupan individu dipenuhi dengan kegagalan dan peristiwa yang pahit, maka akan wujudnya perasaan putus asa dalam diri individu tersebut.

Kesimpulannya, Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson telah memperkenalkan lapan peringkat perkembangan personaliti dalam kehidupan seseorang manusia. Namun, peringkat perkembangan ini tidak semestinya mengikuti susunan yang ditetapkan. Menurut Gilleard dan Higgs (2015), manusia boleh mengalami perubahan dan cabaran pada masa yang berlainan dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, peringkat kerapatan lawan pengasingan diri tidak hanya berlaku ketika peringkat awal dewasa, tetapi turut berlaku pada peringkat lewat dewasa. Setiap peringkat mempunyai krisis yang perlu ditangani dan sokongan moral perlulah diberikan agar personaliti yang positif dapat terbentuk dalam jiwa masing-masing.

The post Teori Perkembangan Psikososial Erikson first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>
Teori Perkembangan Havighurst https://www.teacherheng.com/teori-perkembangan-havighurst Fri, 19 Jan 2024 16:44:38 +0000 https://teacherheng.com/?p=1238 Teori Perkembangan Havighurst telah diperkenalkan oleh Robert James Havighurst. Beliau menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh persekitarannya. Dalam kehidupan kanak-kanak sehingga peringkat dewasa dan seterusnya tua, individu berkenaan harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di tempat individu tersebut. Tugas perkembangan ini meliputi kemahiran yang perlu dikuasai dari aspek fizikal, […]

The post Teori Perkembangan Havighurst first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>

Teori Perkembangan Havighurst telah diperkenalkan oleh Robert James Havighurst. Beliau menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh persekitarannya. Dalam kehidupan kanak-kanak sehingga peringkat dewasa dan seterusnya tua, individu berkenaan harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di tempat individu tersebut. Tugas perkembangan ini meliputi kemahiran yang perlu dikuasai dari aspek fizikal, kognitif sosial dan afektif. 

Havighurst (1972) telah mengenal pasti 6 peringkat utama dalam kehidupan manusia, iaitu:

  • Bayi dan awal kanak-kanak (Kelahiran hingga 6 tahun)
  • Kanak-kanak pertengahan (6-13 tahun)
  • Remaja (13-18 tahun)
  • Awal dewasa (19-30 tahun)
  • Umur pertengahan (30-60 tahun)
  • Kematangan lanjut (60 tahun dan ke atas)

Keenam-enam peringkat Teori Perkembangan Havighurst akan diperincikan semula kepada 10 peringkat yang lebih khusus.

1. PERINGKAT BAYI DAN AWAL KANAK-KANAK (0 HINGGA 2 TAHUN)

Pada peringkat pertama Teori Perkembangan Havighurst, bayi dan kanak-kanak cuba menjalin hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik-beradik dan pengasuhnya. Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur-ansur menjadi matang. Kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria motor dan hubungan sebab-musabab primitif.

2. PERINGKAT PERTENGAHAN KANAK-KANAK (2 HINGGA 4 TAHUN)

Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga, menyuap makanan sendiri, naik kereta atau kerusi meja. Kanak-kanak juga telah boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh terlibat dalam permainan fantasi seperti menjadikan pisang sebagai telefon. Kanak-kanak suka bercakap dan bermain seorang diri serta membayangkan dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh personaliti yang diminatinya seperti ibu atau bapanya. Dia juga belajar mengawal pergerakan dirinya atau basikalnya dan juga belajar mengawal emosinya.

3. PERINGKAT PRASEKOLAH (4 HINGGA 6 TAHUN)

Kanak-kanak belajar peranan mengikut jantina. Sebagai contoh, kanak-kanak perempuan akan meniru peranan ibunya seperti memasak, membasuh kain, mengemas rumah, menjahit baju dan sebagainya. Kanak-kanak juga telah berkawan dan bermain dengan kanak-kanak yang berada di sekitar rumahnya. Mereka mula merasakan diri mereka sebagai suatu ‘entiti’ atau mula membentuk pandangan terhadap diri sendiri, iaitu munculnya ‘teori’ kendiri.

4. PERINGKAT SEKOLAH RENDAH (6 HINGGA 12 TAHUN)

Kanak-kanak mula memasuki sekolah dan belajar bersahabat. Dari segi perkembangan kognitif, kanak-kanak tersebut berada pada peringkat operasi konkrit, iaitu belajar membaca, menulis, mengira dan belajar kemahiran permainan serta kemahiran hidup yang lain seperti berjual beli. Kanak-kanak tersebut boleh menilai diri sendiri dan orang lain. Mereka juga suka melibatkan diri sebagai ahli pasukan sesuatu permainan seperti bola sepak.

5. PERINGKAT AWAL REMAJA (12 HINGGA 18 TAHUN)

Remaja akan mencapai kematangan fizikal seperti ketinggian maksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal, iaitu boleh membuat pemikiran hipotetikal-deduktif. Dari segi perkembangan emosi, timbul pelbagai emosi lain seperti ingin memperoleh kejayaan, penghargaan dan berupaya mengawal emosi kendiri. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mulai tertarik dengan rakan daripada jantina yang berlainan.

6. PERINGKAT AKHIR REMAJA (18 HINGGA 22 TAHUN)

Remaja pada peringkat ini akan cuba memperoleh autonomi daripada ibu bapa dan berusaha membentuk identiti mengikut jantina. Melalui pergaulan sosial, remaja akan mematuhi nilai moral dalam masyarakat. Biasanya pada peringkat ini, remaja telah tamat belajar dari kolej atau universiti dan dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.

7. PERINGKAT AWAL DEWASA (22 HINGGA 34 TAHUN)

Pada peringkat ini, individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina. Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak. Individu juga berusaha memantapkan diri dalam pekerjaan dan akan membentuk gaya hidup (lifestyle).

8. PERINGKAT PERTENGAHAN DEWASA (34 HINGGA 60 TAHUN)

Individu akan menjadi ketua dalam pejabat atau mahir dalam pekerjaan. Individu yang berjaya memupuk kebahagiaan dalam rumah tangga akan berasa bahagia, mengasihi anak-anak dan ibu bapa serta melibatkan diri dalam kerja amal untuk kebajikan masyarakat. Individu yang berjaya juga akan membeli rumah, harta dan perniagaan sendiri.

9. PERINGKAT AKHIR DEWASA (60 HINGGA 75 TAHUN)

Individu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati disebabkan sumbangannya yang besar. Individu akan mengubah tenaga ke arah lain selepas bersara daripada pekerjaan seperti beribadat atau membuat kerja-kerja amal. Mereka yang berjaya di peringkat ini akan berpuas hati dan bersyukur atas takdir Tuhan.

10. PERINGKAT TUA (75 HINGGA MENINGGAL DUNIA)

Individu yang berada di peringkat ini terpaksa menangani masalah kesihatan yang berpunca daripada peredaran umur seperti osteoporosis, nyanyuk, menopause dan lain-lain. Individu yang berjaya dalam hidup akan mengenang zaman muda dan dewasa dengan gembira dan berpuas hati. Individu juga berasa tenang menanti saat meninggal dunia kerana telah berjaya menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.

The post Teori Perkembangan Havighurst first appeared on Teacher Heng: Insightful Educator.

]]>